November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia ditahan petang ini di pejabat SPRM Pulau Pinang ketika bertemu dengan seorang pegawai suruhanjaya itu.

Peguam RSN Rayer memberitahu pemberita arahan penahanan itu adaah dari ibu pejabat SPRM Putrajaya.

“Kami diminta hadir dan bertemu dengan pegawai selepas jam 2 petang. Kami bertemu mereka dan kenyataan Phee diambil.

“Ketika selesai mengambil keterangan, kami diberitahu terdapat arahan baru dari SPRM Putrajaya untuk menahannya. Saya tidak tahu apa sebab penahanan itu. Dia memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

“Saya difahamkan Phee akan dibawa ke mahkamah esok untuk perintah reman. Saya sudah membuat rayuan agar dia dibebaskan malam ini namun tiada jaminan diberikan,” katanya.

Rayer yang turut bersama Phee di pejabat SPRM itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut, dan memberitahu pemberita ia mempunyai kaitan dengan beberapa surat yang dihantar oleh Phee yang merupakan exco kesihatan, kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar.

“Saya rasa ia berkaitan isu kilang haram. SPRM sudah ke pejabat Phee pagi ini untuk mengambil beberapa dokumen. Mereka mahu rakam kenyataannya berhubung dokumen itu,” tambahnya.

Kilang haram memproses penapis karbon di Sungai Lembu, Bukit Mertajam beroperasi sejak 10 hari di tanah ladang kelapa sawit. SPRM dan beberapa pihak berkuasa persekutuan menyerbu kilang terbabit semalam.

Penduduk tempatan mengadu operasi kilang terbabit menyebabkan pencemaran alam sekitar dan mendakwa tiada sebarang tindakan diambil pihak berkuasa berkenaan.

Pada sidang dewan undangan negeri beberapa bulan lalu, isu berkenaan dibangkitkan dan kerajaan negeri menyatakan mereka mengambil tindakan terhadap kilang haram lapor The Malaysian Insight



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons