January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Beberapa kawasan di daerah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula pukul 10 malam ini ekoran kerja pembaikan kebocoran jajaran paip utama berhampiran stesen bas KTM Sungai Buloh.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembaikan dengan pemulihan bekalan air sepenuhnya dijangka siap pada pukul 10 malam, esok.

“Pelanggan dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja pembaikan bermula dan menggunakan air simpanan secara berhemat,” demikian menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terlibat Saujana Utama Sungai Buloh, Sungai Buloh Jaya, Bukit Saujana Sungai Buloh, Merbau Sempak, Sungai Buloh Country Resort, Penjara Sungai Buloh dan Sierramas.

Kawasan lain Plaza Tol Sungai Buloh, PJU 10 Prima Damansara, Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh, Hospital Kusta Sungai Buloh, KTM Sungai Buloh, Kampung Desa Aman Sungai Buloh, Kem Tentera Sungai Buloh dan Kampung Masjid Sungai Buloh. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons