December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Terbaru ialah 8 mayat telah dijumpai semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak projek perumahan Granito Permai di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.


Yang kita tahu sehingga saat ini ialah Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang mesti bertanggungjawab terhadap tragedi ini.

Pada 31 Disember 2016, NGO Penang Forum telah mengambil inisiatif menyediakan dokumen bertajuk Penang Hills Watch Report 2016. Di antara lain, dokumen itu adalah kompilasi 29 projek perumahan yang melibatkan pembinaan di lereng bukit dan pengondolan bukit di Pulau Pinang.

Mereka telah menyerahkan dokumen tersebut kepada kerajaan DAP negeri pada 2 Januari 2017. Malangnya, Kerajaan DAP tidak mengambil serius saranan NGO dan suara rakyat. Projek-projek itu masih diteruskan sehinggalah berlakunya tragedi tanah runtuh ini.

Lebih malang lagi ialah projek perumahan di Lengkok Lembah Permai itu merupakan kes nombor 1 dari senarai 29 projek perumahan yang disebut oleh NGO tersebut!

Di bawah adalah beberapa lagi kes kawasan pembangunan lereng bukit di Pulau Pinang yang turut terdapat dalam dokumen tersebut:

NGO itu telah memohon sebanyak 2 kali iaitu pada Januari dan Mei (kali ke-2) agar projek tersebut dihentikan kerana khuatir boleh berlaku runtuhan tanah. Tetapi kerajaan DAP negeri tidak memperdulikan laporan tersebut.

Sampai begitu sekali sikap kerajaan DAP yang tidak mahu mendengar suara rakyat. 

Malah, Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah, R.Meenakshi berkata pihaknya membangkitkan isu ini minggu lepas dan meminta kerajaan negeri menghentikan pembangunan di lereng bukit.

“Semua projek ini tidak boleh dibenarkan di kawasan ini. Kami bantah projek-projek pembangunan di lereng-lereng bukit tapi kerajaan negeri tak pernah dengar suara kami

“Sebaliknya kami dianggap sebagai tidak rasional dan tidak berfikir secara waras,” katanya.

Jika Guan Eng DAP lebih prihatin membuat keputusan untuk menghentikan semua projek perumahan tersebut termasuk projek Granito Permai serta mengadakan kajian terperinci dan profesional di kawasan-kawasan yang telah dinyatakan, kemungkinan tragedi tanah runtuh yang meragut nyawa ini dapat dielakkan.

Lebih mengerunkan lagi ialah jika tanah runtuh itu berlaku setelah bangunan 49 tingkat yang mempunyai 980 unit rumah itu siap dan telah didiami oleh rakyat. Lebih ramai lagi orang yang mungkin mati dan cedera.

Dan tanah runtuh itu berlaku apabila Pulau Pinang tidak hujan!

Kita lihat video ini :

Sebenarnya, banyak lagi isu-isu tempatan yang dipersoalkan oleh NGO-NGO Pulau Pinang tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan DAP.

Rintihan mereka tidak akan dipedulikan langsung dan tidak memberi sebarang kesan kepada kerajaan DAP negeri kerana DAP tahu, NGO-NGO ini akan tetap mengundi parti itu pada PRU-14 nanti.

Rakyat pun sudah mual dengan hipokrasi NGO-NGO ini yang pandai mengkritik sahaja tetapi mereka masih menyokong kerajaan DAP yang mereka kritik itu. Rakyat juga tahu bahawa Dr Mahathir tidak akan berani menegur kerajaan DAP negeri, begitu juga pemimpin-pemimpin PKR, PAN dan parti Bunga Raya yang lain.

Inilah kelemahan NGO-NGO seperti Penang Forum. Dan selagi mereka tidak menolak kerajaan DAP pada PRU14 nanti, DAP akan terus merosakkan alam sekitar, mesra pemaju dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Nasihat penulis ialah agar NGO-NGO ini khususnya Penang Forum menyatakan pendirian secara terbuka (jika benar-benar ikhlas demi rakyat) untuk menolak DAP dan rakan-rakannya pada PRU14 nanti.

Buat satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa NGO tidak lagi percayakan kerajaan DAP dan akan memastikan kerajaan DAP tumbang pada PRU14.

Jika DAP tumbang kelak, kita percaya kerajaan baharu akan memperbetulkan segala kepincangan yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP ini. Individu-individu yang menyalahguna kuasa akan dibicara dan disumbat ke dalam penjara.

Beranikah Penang Forum, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan NGO-NGO yang lain atau sanggup ditipu oleh DAP?

Lim Guan Eng DAP juga perlu bertanggungjawab dan yang terbaik ialah meletakkan jawatan. Beliau juga tidak perlulah menuding jari menyalahkan pihak lain atau sembunyi di belakang pihak lain seperti exconya. Rakyat sudah mual dengan taktik murahan ini.

TERBARU

Rupa-rupanya Department of Environment (DOE) tidak menyokong projek perumahan itu kerana wujudnya kuari berdekatan dengan projek. Surat permohonan bertarikh 9 Januari 2015 telah ditolak oleh DOE pada 23 Januari 2015 (rujuk surat DOE kepada pemaju)

Bagaimana pun, projek tersebut diteruskan juga manakala kerajaan DAP negeri telah gagal untuk menyelia projek tersebut.

Di bawah pula ialah surat DOE Pulau Pinang kepada pemaju projek:

Ramai nyawa yang terkorban disebabkan kegagalan kerajaan DAP mentadbir negeri. Dan tibalah masanya untuk rakyat menolak DAP di PRU14 dan menggantikannya dengan kerajaan baharu.

Sumber:

1. https://penangforum.files.wordpress.com/2017/02/phw-report-2016.pdf
2. http://hakam.org.my/wp/index.php/2016/02/13/press-release-on-penang-chief-ministers-statement-regarding-penang-forum/#more-5896
3. https://www.malaysiakini.com/letters/330230
4. http://www.penangpropertytalk.com/2015/01/granito/
5. http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/kedegilan-kerajaan-dap-p-pinang-1.540780

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons