November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kita sedang menonton aksi kerajaan DAP Pulau Pinang yang cuba untuk cuci tangan dan melarikan diri daripada bertanggungjawab terhadap tragedi tanah runtuh yang meragut nyawa 11 orang di Tanjung Bungah.


Ianya bertambah jelas apabila kita melihat cubaan kerajaan DAP mengalih perhatian dan mengelirukan rakyat dengan menyalahkan Jabatan Alam Sekitar (DOE).

Mereka menyalahkan DOE yang tidak bersetuju projek itu dibina. Di manakah logiknya alasan kerajaan DAP?

Ianya seperti A yang tidak bersetuju B memandu kereta tetapi B degil. B pandu kereta juga dan apabila B ditimpa kemalangan, A pula yang dipersalahkan!

Kerajaan DAP kemungkinan besar kecewa kerana tidak dapat menyalahkan kerajaan BN dan terpaksa mengeluarkan alasan-alasan yang dangkal.

Yang dipersoalkan ialah:

1. Zon penampan antara tapak projek dengan penghujung cerun bukit. 

2. Yang paling penting ialah sikap tidak acuh kerajaan Lim Guan Eng DAP terhadap suara NGO dan rakyat Pulau Pinang.

Banyak kali kerisauan diutarakan tetapi kerajaan buat bodoh, pekakkan telinga dan lebih berpihak kepada pemaju.

Memang patutlah DAP ini dipanggil Developers Action Party.

Tapi kini, Gone End bersembunyi di belakang Datuk Bandar dan Exconya. Memalukan!

Dan apabila NGO dan persatuan penduduk bertegas mengkritik kerajaan DAP, mereka dilabel sebagai tali barut dan mirip BN.

Lebih bangang lagi ialah NGO-NGO yang bangkit bersuara diminta buat parti politik atau gabungan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Kerajaan DAP sudah gila!

Bukan itu sahaja. Lim Guan Eng dilaporkan telah keluar makan bersama pemaju yang terlibat dengan tragedi tersebut?

Itu persoalan yang ditimbulkan oleh Naib Presiden Gerakan yang merujuk kepada gambar yang tersebar di media sosial dimana Guan Eng kelihatan makan bersama pemaju itu pada sebelah malam selepas melawat tapak tragedi pada 21 Oktober lalu.

Guan Eng, sila jawab tetapi jika benar, ia menunjukkan bahawa Guan Eng tidak sensitif kepada sentimen rakyat yang ketika itu berduka dan marah kepada pemaju dan kerajaan.

Untuk rekod, konologi projek di Lembah Permai, Tanjung Bungah:

1. November 2014

Permohonan dan pelan kebenaran projek di Tanjung Bungah telah diserah kepada pihak majlis.

2. Januari 2015

DOE menolak permohonan pemaju Taman Sri Bunga Sdn Bhd.

Projek terletak hanya 162 meter daripada tapak penghancuran dan antara 400 hingga 500 meter dari tapak letupan kuari.

Jabatan berkata pembinaan itu juga memerlukan kajian kejuruteraan terperinci kerana melibatkan tebing curam. 

Jabatan Plan Malaysia Pulau Pinang juga tidak menyokong projek kerana peningkatan kepadatan daripada 30 unit per ekar kepada 143 unit per ekar.

3. Februari 2015

Permohonan itu tetap dibentangkan kepada jawatankuasa OSC MBPP.

4. April 2015

Pelan bangunan itu dikirim kepada agensi kerajaan DAP.

5. Mei 2015

Permohonan diberikan kelulusan bersyarat oleh agensi kerajaan DAP.

6. Januari 2016

Pemaju dibenar memulakan kerja.

7. Disember 2016

NGO Penang Forum telah mengambil inisiatif menyediakan dokumen bertajuk Penang Hills Watch Report 2016.

Di antara lain, dokumen itu adalah kompilasi 29 projek perumahan yang melibatkan pembinaan di lereng bukit dan pengondolan bukit di Pulau Pinang. 

Malangnya, projek perumahan di Lengkok Lembah Permai itu merupakan kes nombor 1 dari senarai 29 projek perumahan yang disebut oleh NGO tersebut.

8. Januari 2017

Pelan bangunan itu dikirim kepada agensi kerajaan DAP.

9. September 2017

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah, R.Meenakshi berkata pihaknya meminta kerajaan negeri menghentikan pembangunan di lereng bukit. 

“Semua projek ini tidak boleh dibenarkan di kawasan ini. Kami bantah projek-projek pembangunan dj lereng-lereng bukit tapi kerajaan negeri tak pernah dengar suara kami. 

“Sebaliknya kami dianggap sebagai tidak rasional dan tidak berfikir secara waras,” katanya.

10. Oktober 2017

Tragedi tanah runtuh di  Jalan Lembah Permai yang meragut 11 nyawa.

Kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mendengar suara rakyat sudah lama berlaku.

Contohnya:

1. Jun 2012

BN meminta kerajaan DAP tidak meluluskan projek pembangunan lereng bukit di bahagian pulau dengan sewenang-wenangnya kerana ia boleh mengancam keselamatan penduduk dan alam sekitar.

2. Februari 2014

ADUN DAP membuat bantahan menerusi pelbagai saluran termasuk di persidangan DUN dan menulis kepada kerajaan DAP tetapi tiada sebarang tindakan

3. November 2014

BN bimbang pergerakan tanah di cerun bukit akan mendatangkan hakisan tanah dan membawa kepada bencana tanah runtuh serta banjir.

BN meminta kerajaan negeri menghentikan dasar mesra pemaju yang tidak munasabah dalam isu pembangunan cerun bukit di Pulau Pinang yang jelas membahayakan nyawa rakyat.

4. Februari 2015

25 pertubuhan NGO mendesak agensi kerajaan Lim Guan Eng DAP mengadakan forum terbuka bersama penduduk bagi menjelaskan mengenai isu penerokaan bukit.

5. April 2015

Wakil rakyat DAP, membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana meluluskan projek pembinaan bangunan tinggi di kawasan lereng bukit berisiko di Tanjung Bungah.

6. September 2015

SAM mendedahkan bahawa projek perumahan di lereng bukit adalah melibatkan pemotongan cerun di kawasan berbukit yang mengganggu khazanah alam semulajadi tersebut.

Gangguan kepada ekosistem ini menyebabkan kawasan bukit tersebut tidak stabil serta pergerakan tanah, hakisan dan kegagalan cerun juga akan berlaku.

7. Disember 2016

NGO Penang Forum telah mengambil inisiatif menyediakan dokumen bertajuk Penang Hills Watch Report 2016. Rintihan NGO dan rakyat tidak dipedulikan oleh kerajaan DAP 

8.  September 2017

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah, R.Meenakshi berkata pihaknya meminta kerajaan DAP menghentikan pembangunan di lereng bukit. 

Kerajaan DAP buat bodoh sahaja. 

Yang turut dilaporkan ialah pengakuan bekas Ahli agensi kerajaan Lim Guan Eng, Dr. Lim Mah Hui yang mendakwa sebuah syarikat pemaju pernah membayar RM1 juta kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menukar status tanah lereng bukit dengan rancangan membina kondominium dengan 600 unit rumah.

Tidak mengejutkan kerana Ketua Menteri sendiri terpalik dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.

NGO HAKAM pula pernah mendedahkan bahawa kerajaan DAP negeri telah meluluskan hampir 55 blok pembangunan bangunan tinggi di atas tanah bukit antara 2008 dan 2015.

Kesimpulannya, segala kepincangan kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng ini akan hanya boleh diselesaikan dengan menolak DAP pada PRU14 nanti. Itu sahaja ubatnya.

Jika DAP tumbang kelak, kita percaya kerajaan baharu akan memperbetulkan segala kepincangan yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP ini.

Malah, pihak-pihak yang menyalahgunakan kuasa akan dibicara dan dipenjarakan

Sumber:

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/19724/

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/19633/

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/06/30/kerajaan-dap-terima-rm1-juta-ubah-status-lereng-bukit-bagi-projek-pembinaan/

http://malayan-news.blogspot.my/2017/10/tiada-projek-lereng-bukit-berisiko.html

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons