November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Hanya pemimpin ‘otak senget’ hina Bugis, kata Nik Abduh

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya menghina masyarakat Bugis dalam kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Anti-Kleptokrasi minggu lalu.

Beliau berkata, gelaran menghina seperti ‘lanun’ terhadap Bugis berasal daripada penjajah, dan hanya diteruskan oleh orang yang “berotak senget”.


“Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Penjajah lalu melabel Bugis sebagai lanun.

“Bila sebut Bugis, saya ingat ‘pahlawan’. Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahathir dalam ucapan penutupnya Sabtu lalu dipetik menggesa Najib agar pulang ke Sulawesi, tempat asal masyarakat Bugis.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Najib yang berkuturunan Bugis sering dilihat bangga dengan salasilahnya itu, dan pernah memetik pepatah masyarakat itu dalam ucapannya.

Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata lagi, beliau tidak hairan dengan kenyataan Mahathir itu sebagai pemimpin parti berasaskan kaum.

“Parti yang berasaskan bangsa, memang akan tersembur lidah mereka dengan kata-kata rasis,” katanya lagi.

‘Kalau tukar Bugis kepada Cina’

Sementara itu, anggota jawatankuasa PAS Pusat Muhtar Suhaili semalam menggesa Mahathir ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 atas ucapannya itu.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Harakah Daily hari ini, beliau mengakui kecaman ramai pihak terhadap akta itu, dan malah muktamar PAS 2014 sendiri meluluskan usul memansuhkan akta itu.

“Saya cuma tidak setuju dengan kenyataan perkauman Tun Mahathir, sebagaimana saya juga tidak setuju dengan pihak yang menyentuh asal usul beliau.

“Cuba bayangkan jika perkataan ‘Bugis’ dalam ucapan itu ditukar menjadi ‘Cina’, pasti gegak gempita DAP dan sekutunya,” katanya yang mengaku berketurunan Bugis.

Katanya, sesiapa yang mengeluarkan kenyataan yang mengganggu ketenteraman dan keharmonian awam wajar diadili dengan undang-undang sedia ada, dengan syarat ia tidak disalahgunakan. -mk



Pemimpin PAS mahu Mahathir ditahan bawah Akta Hasutan


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili mahu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya pada Himpunan Anti-Kleptokrasi, Sabtu lalu di Padang Timur, Petaling Jaya.

Katanya, ucapan bekas perdana menteri itu jelas bukan sahaja menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi adalah melampau dan kurang ajar.

“Saya menyeru pihak berkuasa untuk menahan Tun M (Dr Mahathir) di bawah Akta Hasutan!


“Lebih menjengkelkan hadirin di himpunan tersebut turut bersorak dan seolah-olah bersetuju dengan sikap rasis yang ditunjukkan Tun M,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan di Harakahdaily.

Muhtar merujuk ucapan Mahathir yang juga adalah pengerusi Pakatan Harapan yang dipetik sebagai menggesa Najib supaya balik ke Sulawesi, tempat asal bagi mereka yang berketurunan Bugis, termasuk Najib.

Antara kenyatannya itu berbunyi: “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macamana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Menurut Muhtar yang juga adalah bendahari Pemuda PAS, sikap Mahathir itu tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang negarawan.

“Ini bukan ajaran Islam! Melayu, Cina, India, Mamak, Bugis, Jawa, Banjar, Iban, Kadazan dan semua bangsa sama di sisi Allah melainkan taqwa!

“Lebih daripada itu, ini juga bukan ucapan seorang negarawan yang ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Bahkan beberapa Sultan di Malaysia juga beketurunan Bugis,” katanya.

Himpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” diadakan bagi memberi penerangan mengenai skandal kewangan 1MDB dan kesannya kepada rakyat Malaysia.

1MDB yang adalah cetusan ilham Najib. Ia kini menjadi siasatan di beberapa negara termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion diselewengkan dan sebahagian dana itu telah disalurkan menerusi sistem kewangan negara itu.

DOJ telah memfailkan beberapa saman sivil sejak tahun lalu untuk merampas dakwaan hasil penyelewengan dan juga mendedahkan pada pemfailan mahkamah bahawa siasatan jenayah sedang dijalankan.

Saman pelucuthakan sivil DOJ mengaitkan “Malaysian Official1” (MO1) dalam skandal 1MDB dan memaklumkan bahawa sebahagian dana firma pelaburan negara Malaysia itu telah dialihkan melalui akaun banknya dan digunakan untuk membeli berlian kepada isterinya.

MO1 didakwa merujuk kepada Najib, tetapi perdana menteri itu berulang-kali menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi. -mk

ULASAN GB

Sungguh hebat nampaknya pemimpin PAS mempertahankan Najib dan menghentam Tun Dr Mahathir.

Pertama Nik Abduh yang tiba-bangun menjadi tokoh moral dan mendakwa Tun Mahathir telah memberi gelaran menghina seperti ‘lanun’ terhadap Bugis dan mendakwa gelaran itu berasal dari penjajah dan kini diteruskan oleh orang yang “berotak senget”.

Macamlah otak Nik Abduh itu lurus sangat sehingga boleh menempelak Tun Mahathir sebagai berotak senget.

Sewakyu TPM Datuk Seri Zahid Hhamidi menghina Tun Mahathir dengan memanggilnya Mahathir a/l Kutty, Nik Abduh berdiam diri seolah-olah mengiyakan penghinaan Zahid Hamidi terhadap Tun Mahathir.

Kedua mengenai gesaan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili mahu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Ini lagi pelik. Pelik kerana sebelum ini salah satu perjuangan PAS adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Tiba-tiba semenjak dua menjak ini iaitu selepas ketiagdaan Almarhum TG Nik Abdul Aziz dan ketika ada “taawun” PAS-UMNO, pemimpin PAS seperti Muhtar Suhaili mahu Akta Hasutan digunakan untuk menangkap Tun Mahathir. Hebat PAS!

Rakyat sedang melihat telatah dan gelagat terkini PAS. Sekalipun terdapat pemimpin PAS menafikan adanya kerjasama PAS dengan UMNO, tetapi ternyata apa yang berlaku melalui ucapan-ucapan pemimpin PAS di atas adalah disebaliknya.

Nampaknya kedua-dua pemimpin PAS tersebut layak untuk menerima dedak tambahan, kata seorang pemerhati politik.


VIDEO BERKAITAN






Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons