November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


TOKYO 30 Okt. – Jepun menyatakan kesediaan mereka untuk bersama-sama Filipina membangunkan semula infrastruktur di bandar Marawi yang hampir musnah susulan pertempuran antara tentera kerajaan dan puak militan sebelum ini.

Kesediaan itu dinyatakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kepada rakan sejawatannya di Filipina, Rodrigo Duterte selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan di sini.

Selain Marawi, Jepun juga menawarkan bantuan untuk membina projek landasan kereta api bawah tanah di Manila serta membangunkan sistem pertahanan sungai di Filipina.

“Jepun dan Filipina adalah dua negara maritim yang berkongsi nilai-nilai asas serta kepentingan strategik bersama,” kata Abe. -REUTERS



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons