November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


TEMERLOH 30 Okt. –  Pasukan bola sepak daerah Jerantut muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang musim 2017 setelah menewaskan Temerloh pada perlawanan akhir di Stadium Mini Temerloh di sini, malam tadi.

Jerantut muncul juara menewaskan tuan rumah 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga berakhir masa tambahan.

Selaku juara, Jerantut membawa pulang piala pusingan, piala iringan, medal dan wang tunai RM17,00 manakala Temerloh meraih wang tunai RM12,000.

Hadiah disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Pengurus pasukan Jerantut, Datuk Rozilan Salleh berkata, kemenangan itu amat manis dan mengulangi sejarah gemilang pasukan tersebut pada 2015 .

“Temerloh menjadi pasukan pilihan pada edisi kali ini namun dengan semangat berpasukan dan strategi jurulatih, Jerantut berjaya muncul juara,” katanya selepas perlawanan tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons