November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 30 Okt. – Simon Mignolet menyifatkan Liverpool berada di tahap terbaik untuk menghadapi Maribor dalam aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara di laman sendiri selepas menerima suntikan semangat hasil kemenangan 3-0 menumpaskan Huddersfield Town dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.

Jaringan Daniel Sturridge, Roberto Firmino dan Georginio Wijnaldum memastikan skuad kendalian Juergen Klopp naik ke tangga keenam, enam hari selepas diaibkan dengan kekalahan 4-1 ketika menentang Tottenham Hotspur di tempat lawan.

Penjaga gol, Mignolet mengakui moral pemain berada di tahap terburuk ekoran kekalahan tersebut bagaimanapun semangat mereka sudah pulih hasil kemenangan menewaskan Huddersfield yang sebelum itu menewaskan Manchester United 2-1 pada 21 Oktober lalu.

“Bagus untuk pemain dan saya fikir hari ini (Sabtu lalu) semangat semua pemain sudah pulih kerana inilah apa yang kami perlukan selepas kekalahan pada minggu lalu.

“Semua tahu perlawanan ini masih belum cukup dan kami perlu berubah dan bertindak-balas dengan betul dan saya fikir kami ke arah itu.

Liverpool berkongsi lima mata bersama Spartak Moscow, kelebihan satu mata dengan Sevilla yang berada di tangga ketiga.

Pada aksi pertama, Liverpool membelasah wakil dari Slovenia itu 7-0 dan The Reds dijangka mengulangi kejayaan yang sama di Anfield pada Rabu ini.

Selepas itu, Liverpool akan menghadapi West Ham United untuk mengharungi aksi EPL, satu lagi perlawanan The Reds menjadi pasukan pilihan.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai minggu besar ini sebab setiap minggu adalah perlawanan yang besar. Setiap minggu anda perlu mengutip mata dan memenangi perlawanan dan memberikan aksi yang terbaik terutamanya apabila bermain bersama Liverpool,” katanya. – REUTERS



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons