December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melancarkan kempen keselamatan jalan raya selama lima tahun bertujuan menyemai sifat pemanduan berhemah dalam kalangan pengguna lalu lintas di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, mesej keselamatan tersebut disasarkan untuk tercapai kepada sejumlah satu juta pelanggan Perodua dalam tempoh setahun.

“Fokus kempen ini adalah berdasarkan kepada empat asas pemanduan iaitu memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan peranti mudah alih ketika memandu, menggunakan lampu isyarat serta tempat duduk kanak-kanak.

“Kami percaya sasaran satu juta mampu dicapai kerana terdapat seramai 1.2 juta pelanggan yang mengunjungi pusat jualan dan perkhidmatan Perodua setiap tahun,” katanya pada majlis pelancaran kempen itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons