November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Lebuh Raya Persekutuan dari arah Shah Alam sesak teruk lebih lima kilometer selepas tiga lorong lebuh raya berkenaan ditenggelami banjir kilat.

TIGA lorong Lebuhraya Persekutuan di hadapan Menara Telekom tidak boleh digunakan selepas ditenggelami air ekoran banjir lumpur yang dipercayai berpunca daripada tapak pembinaan projek di kawasan berkenaan.- UTUSAN ONLINE/ Ehsan Pembaca

Kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi berlaku selepas hujan lebat dalam tempoh lebih dua jam .

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk Pantai Dalam, Bangsar Selatan dan kawasan sekitar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci terhadap kejadian itu yang didakwa berpunca daripada projek pembangunan berhampiran.

“Punca utama banjir kilat adalah hujan lebat dalam tempoh masa yang lama sehingga mengakibatkan kapasiti longkang tidak mampu menampung kadar air.

“Bagaimanapun siasatan akan dilakukan bagi memastikan pihak pemaju mematuhi piawaian yang ditetapkan atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan banjir kilat itu berlaku di hadapan sebuah tapak pembinaan di Bangsar Selatan berhadapan Menara Telekom yang dipercayai berpunca daripada sistem saliran tidak berfungsi dengan sempurna.

Difahamkan, pengguna terus terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat pukul 6 petang ini walaupun air surut dua jam selepas kejadian. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons