November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pada pertemuan di Cabinet Room, Rumah Putih Washington semalam,
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak kerana sama-sama mahu membantu memerangi pengganas Islam, khususnya
Daesh.
Pada pertemuan itu, Najib bukan ‘minta wang’ AS tetapi
menawarkan wang termasuk dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Khazanah
Nasional Berhad.
Trump kelihatan begitu bangga kerana Malaysia berikrar
mahu  membantu mengukuhkan ekonomi negara
kuasa besar itu.
Apakah kita sebuah negara lebih kaya atau setanding
dengan Uncle Sam sehingga kita mampu untuk mengukuhkan ekonomi AS?
Apa pula tukaran atau balasan yang akan diberikan AS
dalam bentuk ekonomi kepada kita?

Sehingga kini, TIADA!!!

Ini kerana dalam kenyataan Trump semalam di hadapan Najib dan delegasi Malaysia semalam, di pihak
Trump tidak menjanjikan apa-apa.
Malah, Najib juga mendapat pujian kerana berjanji akan
membantu AS untuk menjadikan rantau sebelah Timur sebagai rantau ‘stabil’ dan
akan terus menjadi rakan karib Washington.
“Perdana Menteri telah memainkan peranan besar untuk
tidak membenarkan ISIS, atau anda gelar Daesh, dan lain-lainnya untuk wujud.
Beliau benar-benar berpendirian tegas dalam menentang keganasan di Malaysia dan
merupakan penyokong kuat bagi pendirian itu, “ demikian kata Trump.
Dengan kata lain, Kuala Lumpur bangga kerana berjaya
menangani ancaman Negara Islam (IS) melalui promosi wasatiyah dan melalui
program antiradikalisasi yang di sebut Najib merekodkan kadar kejayaan 90
peratus.
Dengan kata lain juga , bagi Trump, musuhnya juga musuh
Malaysia. Bagi Najib, ‘musuhmu musuhku jua’.
Suatu penegasan yang pastinya menggembirakan Trump,
apalagi baru kelmarin mengenakan sekatan terhadap Korea Utara kerana ujian
senjata yang tanpa henti oleh Pyongyang.
Namun di sebalik itu, apakah yang menuntungkan Malaysia
selain janji diplomatik dan kepuasan yang ditawarkan Najib kepada Trump?
Melalui siaran CNN semalam yang menunjukkan pertemuan dua
delegasi – Malaysia dan AS –  jelas
sekali Najib menunaikan janjinya seperti disebut pada wawancara dengan Utusan
Malaysia
baru-baru ini bahawa pertemuannya dengan Presiden itu ‘bukanlah
untuk meminta wang’.
Najib sebelum ini mengatakan tujuannya ke Washington
bertujuan menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara penting kepada AS dan dijadikan  rakan memerangi keganasan.
Seperti kata Najib, “Kita datang bukan untuk meminta wang
tetapi datang sebagai sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan bakal
berada dalam kalangan 20 negara maju.
‘Kita datang untuk beritahu bahawa kita boleh dijadikan
rakan untuk memerangi keganasan dengan kita mengamalkan Islam sebenar,” beliau
dipetik Utusan Malaysia 12 Sep 2017sebagai berkata.
Najib mengotakan kata-katanya apabila beliau membuat
komitmen, antaranya membuat pelaburan untuk membantu negara itu lebih maju.
Malaysia mahu membuktikan kita bermaruah dan mempunyai
banyak wang untuk melabur di negara itu sebagai rakan rapat.
Trump begitu gembira bertemu Najib dan selepas
mengucapkan selamat datang, menyebut Malaysia memang rakan dagangan dan
pelaburan penting kepada AS, selepas Malaysia bersetuju membeli pesawat Boeing
(buatan AS) berjumlah AS$10 bilion.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata delegasi
Malaysia mempunyai tiga cadangan khusus. Siapa delegasi Malaysia?
Delegasi Malaysia ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah
Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pengarah Majlis
Keselamatan Negara (MKN) Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Duta Besar
Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique.
Delegasi AS yang mendengar janji dan ikrar Najib dan
delegasi Malaysia, selain Trump ialah Naib Presiden, Mike Pence; Setiausaha
Negara, Rex Tillerson; Menteri Pertahanan James Mattis; Ketua Staf, Jeneral
John Kelly; Penasihat Keselamatan Negara Leftenan, Jeneral HR McMaster dan
Penasihat Kanan, Jared Kushner.
Apakah kesemua anggota delegasi Malaysia bersama Najib
itu bertanggungjawab dengan kesemua pelaburan yang dicadangkan Najib dan apakah
mereka juga bertanggungjawab untuk semua itu jika ada sebarang masalah?

Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh
Malaysia Airlines Bhd (MAB).

“Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10,
lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang
kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.”

Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga
tersebut akan bernilai melebihi US$10 bilion

Dengan jumlah AS$10 bilion atau RM42 bilion itu pastinya
Malaysia sangat dialu-alukan untuk bersahabat dengan AS, malah kedatangan Najib
‘memang dinanti’.
Selain itu, Najib turut mengatakan, Malaysia bersedia melalui
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang
meningkatkan pelaburan mereka di AS dengan membeli lebih banyak pesawat Boeing
bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu.
Perdana Menteri berkata 
KWSP sahaja dijangka melabur antara US$3 bilion dan US$4 bilion (US$1 =
RM4.19) di negara tersebut.

“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan
nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi
AS,” kata Najib semasa pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Amerika
Syarikat Donald Trump, semalam.

Hebat sekali kita di mata dunia.
Kita menawarkan wang kira-kira AS$17 bilion untuk kukuhkan ekonomi AS tetapi
sejauh ini belum ada laporan komitmen Washington membantu mengukuhkan ekonomi
kita.
Tidak tahulah apa bentuk pelaburan AS yang akan
dijanjikan selepas ini.

Namun yang pasti sehingga saat ini, hasil lawatan  itu, bagi Najib ‘duitku, duitmu jua…’ dalam konteks hubungan AS-Malaysia.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons