November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Apa itu OPS Lalang?

👉 Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.

Tindakan OPS Lalang

👉 Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Yang ditahan

👉 Antara mereka yang ditahan di bawah ISA ialah ;

1.Lim Kit Siang
2.Chandra Muzaffar
3.Karpal Singh
4.Dato Lim Kim Sai
5.Chan Kit Chee
6.Kua Kia Soong- Dong Jiao Zong
7.Lim Fong Seng Pengerusi
8.Halim Arshat – Ketua Pemuda PAS
9.Ibrahim Ali

10.Mohamed Fahmi Ibrahim Pemuda UMNO

Ops Lalang
Ops Lalang – Laporan The Star
Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah tahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh 5 pemimpin parti DAP, beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.

Pada mulanya bilangan yang ditahan ialah 97 orang, yang boleh dikategorikan kepada: parti politik: 37 orang; gerakan sosial: 23 orang; individu: 37 orang.


Punca OPS Lalang


👉 Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti;

➔ Lee Kim Sai antara lain menyatakan ‘Melayu pun pendatang’. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

➔ Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiao Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. 

➔ Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan gaya pendidikan sekolah Cina.

Bermulanya insiden perkauman

👉 Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiao Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid memboikot sekolah selama 3 hari. 

Para
pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib – Menteri Besar
Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim , Anwar Ibrahim mahu
UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu
Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Gambar – Malaysiakini
Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru menghimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung Jalan Abdul Aziz , kediaman Dato Harun Idris.

Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa ‘bawalah pisau – senang nak kupas limau’. Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang ini disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.

Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras-Kajang.


Cubaan menambahkan lagi api perkauman 



👉 Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah ‘dibenarkan melarikan diri’ ke Australia.

Antara kejadian lain yang dilaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu merupakan Ketua Pemuda Umno yang menyeru orang Melayu di Kampung Baru supaya membasahkan keris dengan darah orang Cina. 

Selain itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga bekas Menteri Besar Perlis berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya sekotak mancis api.

Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai pula pada masa tersebut menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian ‘huru-hara’ di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata repal M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.

Amuk Si Adam – 18 Oktober

Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia.


Pembangkang jadi kambing hitam


👉 Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang ‘bersalah’ terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang dan kerajaan yang berada di tepi ‘arus’ telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak. Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.


Spekulasi umum


👉 April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir – Tengku Razaleigh di mana Mahathir muncul sebagai pemenang. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Hanif Omar kata Mahathir tak terlibat 

👉 Sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan

perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.  

Sebaliknya, Hanif ( kanan ) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut. 

“Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar… Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir),” kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang. 

Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

Selepas hilang kuasa, MCA punca kejadian


👇👇👇👇👇

Menurut perkongsian dari page pro Mahathir, SSTDM, OPS Lalang sebenarnya didalangi oleh MCA berikutan tindakan pemimpin-pemimpin parti itu memainkan lagu perkauman.


Salah MCA, Najib


👉 Pemuda UMNO pada ketika itu ialah Najib Razak, antara yang lantang membalas-balas sikap MCA yang semarakkan api perkauman.

Bagaimanapun Najib Razak tidak ditahan pada ketika itu sungguhpun bersikap lantang (membalas balik kritikan dengan nada provokasi) dan menganjurkan perhimpunan di TPCA.

Berhenti kerja

👉 Artikel yang dikongsikan oleh admin page itu ditulis oleh Ku Seman Ku Hussain yang pernah menjadi Editor Kanan Utusan Malaysia dan Pengarang Mingguan Malaysia.


Tahun lepas Ku Seman Ku Hussain menghantar surat perletakkan jawatannya di Utusan dan isu tersebut diperkatakan oleh ramai pihak yang terlibat dalam bidang kewartawanan. Ku Seman Ku Hussain berkhidmat di Utusan sejak tahun 1984 sebelum berhenti secara mengejut pada tahun 2016.

Meskipun tidak memperjelaskan sebab meletak jawatan, ramai percaya ia ada kaitan dengan sikap kritikalnya terhadap pentadbiran Najib terutamanya dalam isu 1MDB dan derma 2.6b.

Malahan beliau turut didakwa telah menerima surat amaran akibat kelantangannya itu kononnya telah menjadi lidah pembangkang di Utusan. 

Bagaimanapun Malaysiakini melaporkan tindakannya meletak jawatan ada kaitan dengan sikap tidak berpuas hati beliau dengan keputusan syarikat yang memindahkannya keluar dari bahagian akhbar ke sebuah anak syarikat. 


Akhirnya kebenaran terbukti


Respon netizens

Kritikan netizens di page itu bagaimanapun tidak disahut oleh admin page SSTDM. Sekurangnya-kurangnya dua perkara terbukti benar walaupun terlewat untuk diakui oleh pihak-pihak tertentu iaitu ;


→ yang memainkan lagu perkauman dan mengapi-apikan keadaan ialah parti-parti pro kerajaan pemerintah dan mereka yang mempunyai jawatan yakni MCA dan UMNO..


→ tapi yang ditangkap pemimpin-pemimpin DAP dan PAS dan yang dipersalahkan bertahun-tahun kononnya nak mencetuskan peristiwa 13 Mei kembali adalah parti-parti pembangkang..


Sumber rujukan ;
 



http://www.keadilandaily.com/mahathir-seolah-akui-malaysia-negara-polis-suhaimi-said/


https://www.malaysiakini.com/columns/155852

https://www.malaysiakini.com/news/155640



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons