November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “menyerbu” pejabat seorang exco Pulau Pinang di Komtar, George Town hari ini.

Menurut salah seorang pegawai SPRM terbabit, mereka datang dari Putrajaya.

Bagaimanapun dia enggan memberikan sebarang maklumat lanjut, termasuk mengapa mereka berkunjung ke pejabat exco terbabit.

“Tunggu kenyataan daripada kami,” katanya.

Wartawan mula berkumpul di luar pejabat Phee Boon Poh itu seawal 11.30 dan pegawai SPRM dilihat meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 1 petang.

Ketika ditemui media, Phee juga enggan mengulas perkembangan yang berlaku hari ini.

Phee ialah anggota dewan undangan negeri Sungai Puyu mewakili DAP.

Kawasan itu dianggap satu daripada kubu kuat DAP di Pulau Pinang.

Dalam kerajaan negeri beliau diberi tanggungjawab mengetuai portfolio kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu Phee mengalahkan pencabar daripada BN, Sum Yoo Keong, dengan majoriti besar 16,207 undi.

Phee memperoleh 19,381 undi berbanding Sum hanya 3,174 undi.

Pegawai SPRM itu juga enggan mengulas ketika ditanya kemungkinan serbuan hari ini mempunyai kaitan dengan kewujudan kilang-kilang tanpa lesen di Pulau Pinang.

Tidak dapat dipastikan sama ada SPRM merampas sebarang dokumen dari pejabat Phee.

Serbuan hari ini dibuat kira-kira seminggu selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menandatangani ikrar bebas rasuah bersama 10 perakuan tambahan mengukuhkan integriti kerajaan negeri dengan SPRM.

Laporan penuh sila baca di SINI

Semalam Utusan melaporkan..

BUKIT MERTAJAM 10 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi mengambil dokumen ber­kaitan siasatan kes kilang memproses habuk kayu, di sini yang beroperasi secara haram sejak hampir 10 tahun lalu.

Sepasukan pegawai SPRM Putrajaya itu dilihat berada di pejabat Jabatan Pelesenan MPSP kira-kira tiga jam selepas mula memasuki premis berkenaan pada pukul 10.30 pagi dengan membawa bersama dokumen berkaitan.

Dokumen itu bagi memboleh­kan SPRM menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses kelulusan kilang terbabit.

Selain di MPSP, operasi bersepadu yang turut melibatkan Jabatan Imigresen; Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Putrajaya itu turut menyerbu kilang itu di Sungai Lembu, Mengkuang di sini, serta pejabat operasi kilang itu di Bukit Mertajam.

Kilang terbabit yang memproses serbuk untuk produk penapis karbon itu beroperasi tanpa permit sah di atas tanah berstatus tanah pertanian.

Ia terletak di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 500 meter dari jalan utama dan kira-kira dua kilometer dari perumahan penduduk di Kampung Sungai Lembu.

Dalam serbuan ke kilang itu, Jabatan Imigresen turut menahan sembilan pekerja asing warga Myanmar termasuk seorang wanita dengan empat daripadanya didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 manakala selebihnya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Dalam operasi sama, SPRM turut memanggil penyelia kilang terbabit yang berusia 70 tahun ke Pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai untuk diambil kete­rangan.

LHDN turut merampas beberapa dokumen berkaitan kera­na pemilik kilang itu disyaki tidak melaporkan penyata pendapatan mereka dengan betul kepada agensi terbabit.

Sementara itu, JAS juga mendapati kilang terbabit tidak mempunyai sistem kawalan pencemaran udara serta akan mengambil tindakan atas kesalah­an meng­i­kut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2014.

Ini kerana asap hasil pembakaran habuk kayu itu dilepaskan ke udara sehingga menjejaskan kesihatan penduduk berhampiran yang turut mendakwa ada dalam kalangan mereka menghidap penyakit kronik akibat menghidu asap.

Dalam pada itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai operasi tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-gempur-mpsp-1.513657#ixzz4pQaFEjvo
© Utusan Melayu (M) Bhd



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons