December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SEREMBAN 30 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini hari ini yang didakwa berpunca akibat serangan strok haba.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, setakat ini beliau tidak mendapat laporan berkaitan perkara itu daripada pihak hospital.

“Kalau benar punca kematian seperti didakwa, pastinya saya akan menerima laporan daripada doktor yang merawatnya. Kemungkinan mangsa meninggal dunia disebabkan punca lain dan saya akan siasat perkara ini,” katanya di sini hari ini.

Mangsa, Irdina Aufa Idzwan Noor yang koma menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan pada pukul 3 pagi ini.

Kanak-kanak perempuan itu dikatakan mengadu pening kepala dan muntah sebelum pengsan sejurus pulang dari Sekolah Kebangsaan Lavender Heights di sini pada 27 Oktober lalu.

Beberapa pihak mengaitkan kematiannya disebabkan pendarahan otak akibat strok haba.

Sementara itu, usaha mendapatkan komen lanjut berhubung kematian kanak-kanak itu gagal kerana ahli keluarganya yang ditemui di rumah mereka di Taman Paroi Jaya di sini enggan ditemuramah oleh wartawan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons