November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


“Malaysia sedang menjadikan Amerika Kuat semula secara besar-besaran (Malaysia is making America Great Again, in a BIG way)

25 Oktober 2017

Selepas lawatan Najib ke White House pada 12 September 2017. Rakyat dikejutkan dengan jumlah wang rakyat Malaysia yang akan dilaburkan ke Amerika Syarikat. Perdana Menteri berkata, Malaysia akan membeli lebih 10 bilion USD kapal terbang daripada Boeing. Perdana Menteri juga berkata KWSP telah melabur US$7 bilion (RM29.4 bilion) dalam pasaran ekuiti di Amerika Syarikat dan akan melabur lagi 3 hingga 4 bilion dollar Amerika dalam projek infrastruktur Amerika Syarikat.

Ekoran daripada itu, rakyat tertanya-tanya, berapakah sebenarnya pelaburan kerajaan Malaysia di Amerika Syarikat? Maka saya telah menanyakan soalan itu kepada Menteri Kewangan.

Jawapan yang saya terima di luar jangkaan saya. Sebenarnya, penglibatan KWSP dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat mencecah RM152 bilion jauh lebih besar berbanding RM29.4 bilion yang dikatakan oleh Najib. 

Manakala KWAP pula telah melabur lebih kurang RM546 juta dalam pasaran Amerika Syarikat.

Maka boleh dikatakan pelaburan kerajaan Malaysia di Amerika Syarikat adalah setinggi RM195 bilion. Malaysia sedang menjadikan Amerika Hebat semula, secara besar-besaran. Malaysia is making America Great Again in a BIG way.

Dengan RM195 bilion yang dilaburkan di Amerika Syarikat sahaja, Malaysia boleh membina 50 buah jambatan ke-2 Pulau Pinang, 3.5 kali ECRL, 4 kali HSR KL-Singapura, 4,600,000 buah rumah kos rendah, 1000 buah hospital baru terutamanya di kawasan luar bandar.

Rakyat tertanya-tanya, kenapa duit mereka dilabur ke Amerika Syarikat demi menghebatkan ekonomi Amerika semula (Make America Great Again). Mengapa tidak menghebatkan Malaysia? Why not make Malaysia Great Again?

Mengikut jawapan Najib, sebenarnya ada RM759.78 bilion pelaburan KWSP di merata dunia. Ini angka yang amat besar. Walaupun pelaburan di luar negara akan mendapat pulangan yang lebih tinggi, tetapi pelaburan wang tersebut di Malaysia boleh meningkatkan ekonomi negara dan membantu syarikat-syarikat tempatan meningkatkan aktiviti perniagaan setempat.

Sebenarnya, Syarikat-syarikat Malaysia sekarang masih menghadapi masalah mencari dana. Dalam laporan Star bertarikh 20 Jun 2016 bertajuk “Fund Raising Becoming Difficult in Malaysia (for corporate Malaysia)” menunjukkan bahawa sememangnya pasaran saham Malaysia memerlukan pelaburan. Saya yakin, jika wang RM759.78 bilion yang dilaburkan di luar negara kembali ke Malaysia, ia akan membantu banyak syarikat terutamanya syarikat SME meningkatkan pelaburan supaya mereka boleh menaiktaraf teknologi mereka.

KWSP dan KWAP merupakan badan pelaburan professional yang sangat dihormati. Pulangan daripada pasaran luar negara juga amat memberangsangkan.

Akan tetapi, saya juga ingin memberi satu peringtan kepada KWSP, mengikut laporan majalah The Economist yang bertarikh Oktober 7-13, 2017, mereka telah melahirkan kebimbangan pasaran ekuiti dan aset Amerika Syarikat dan juga pasaran dunia lain sedang mengalami pembuihan (bubble) yang amat besar dan sedang menunggu masa untuk pecah.

Maka, risiko pelaburan KWSP dan KWAP di pasaran Amerika Syarikat dan juga di pasaran antrabangsa lain harus berwaspada. Jangan mengikut “irrational exuberance” yang akan membawa risiko yang amat besar. Irrational Exuberance adalah kata-kata Alan Greenspan, bekas Pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat, yang menyifatkan dot com bubble pada akhir tahun 1990an. 

Sim Tze Tzin

Ahli Parlimen Bayan Baru

———————



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons