November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA TERENGGANU 30 Okt. – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah meletakkan asas dalam usaha untuk turut menjadikan institusi pengajian itu sebagai pusat kecemerlangan bagi kanak-kanak berkeperluan khas di pantai timur pada masa depan.

Langkah itu  menerusi gabungan kepakaran dan kerjasama di pelbagai fakulti seperti Perubatan, Sains Kesihatan dan Sains Sosial Gunaan serta Hospital Pengajar UniSZA kelak  membolehkan kajian dan perkhidmatan kepada anak-anak berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abd. Latif berkata, kewujudan pusat kecemerlangan itu  bukan sahaja mampu menyediakan perkhidmatan kepada warga universiti bahkan  memberi impak positif kepada masyarakat.

Menurut beliau, ini sejajar dengan menifestasi universiti bersama warganya yang cakna kepada permasalahan serta keperluan masyarakat.

“Kita yakin pembukaan Hospital Pengajar di sini pada 2019 kelak dapat menjadi medan ke arah memperkasakan lagi hasrat UniSZA itu sekali gus meningkatkan peranan kita dalam memberi khidmat kepakaran, ilmu pengetahuan, dan bimbingan  kepada kanak-kanak kurang upaya

bagi mengurangkan masalah yang dihadapi mereka.

“Dengan adanya pusat kecemerlangan untuk golongan berkenaan secara tidak langsung akan menyumbang kepada kelestarian kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Simposium Kebangsaan Kanak-kanak Berkeperluan Khas 2017 yang dirasmikan oleh

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Azman Mohd. Yusuf di Dewan Perdana UniSZA di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud dan Pengarah program itu, Dr. Norsuhaily Abu Bakar.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons