December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Seramai 11 atlet, jurulatih, pengurus sukan dan atlet kurang upaya (OKU) diberi penghargaan menerusi Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan yang berjaya menaikkan nama atas kejayaan sukan masing-masing.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, anugerah itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada mereka atas kejayaan, komitmen dan khidmat bakti yang disumbangkan sepanjang tahun 2015 dan 2016.

“Anugerah ini diberikan kerana mereka telah menaikkan nama Wilayah Persekutuan dalam arena sukan negara.

“Antara anugerah yang diberikan termasuk anugerah khas pasukan sukan, pegawai terbaik, pasukan terbaik, olahragawan dan olahragawati harapan Wilayah Persekutuan serta anugerah jurulatih terbaik,” katanya ketika merasmikan majlis itu di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rizman Isli dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Ibrahim Yusoff. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons