December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Jenazah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia di ibu negara petang ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, hari ini.

Jenazah dikebumikan 9.30 malam ini dengan kehadiran anggota keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail di sini selepas solat Isyak.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara kira-kira 3.30 petang tadi selepas lebih dua bulan dimasukkan ke hospital berkenaan kerana barah.

Arwah meninggalkan seorang balu bersama dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.-BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons