November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sejauh mana pentingnya mengaitkan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pembelian kapal selam Scorpene dari
Perancis?

Apakah Dr Mahathir sudah terlalu ‘nyanyuk’ dan
tidak ingat mengenai persetujuan Kabinetnya mengenai perkara itu?
Juga apakah ini antara ‘pembaziran pertama’ besar yang
dilakukan Najib Razak’ walaupun ketika pembelian itu beliau hanya menteri?
Ini kerana jika menurut Dr Mahathir, beliau tidak
berminat dan merasakan pmbelian kapal selam untuk digunakan Tentera Laut tidak
begitu penting.
Kedudukan ini menyebabkan bekas Perdana Menteri itu
tidak memberikan perhatian mendalam terhadap pembelian Scorpene.
Malah, menurut Dr Mahathir
yang tidak pula lupa ingatan mengenai Scorpene itu, mengatakan kapal selam
tidak berkesan dalam melawan musuh negara.
“Kapal selam bukanlah
untuk pertahanan. Ia untuk tujuan serangan,” katanya kepada The Malaysian
Insight baru-baru ini.
Pembelian dua kapal selam Scorpene dan sebuah lagi
kapal selam Agosta menjadi kontroversi sejak beberapa tahun selepas ia
dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, penganalisis politik yang rapat dengan
Datuk Seri Najib
Razak, yang merupakan menteri pertahanan di bawah Kabinet Dr Mahathir.
Dijangkakan isu
Scorpene ini berkait dengan rakan rapat 
Najib itu yang diadili di Perancis berhubung dakwaan menerima sogokan
dalam penjualan japal selam kepada Malaysia pada 2002 akan ‘menghantui’ semula politik negara ini.
Sumber
badan kehakiman berkata Abdul Razak menjadi penasihat Najib semasa beliau
menjadi menteri pertahanan antara 2000 dan 2008.
Memang
ada siasatan di Malaysia terhadap urusjanji dilancarkan pada 2010 ttapi ia sebagai
respon kepada aduan daripada kumpulan hak asasi Malaysia, Suaram.
Dengan kata lain,
tekanan hanya datang daripada sebuah NGO.
Kenapa isu seperti
ini tidak dibuka semula dan ditubuhkan badan siasatan khas mengenainya. Apakah jumlah pembelian dan wang kerajaan yang digunakan ini kecil?
Isu penting ialah
bagaimana pembelian dibuat tanpa persetujuan Kabinet dan apakah wujud ‘penyalahgunaan
kuasa’ dan pembaziran wang rakyat dalam isu ini?
Dilaporkan, sebahagian
daripada urusjanji itu, sebuah syarikat iaitu unit limbungan tentera laut
Perancis, DCN bersetuju untuk membayar €30 juta (RM151.81 juta) kepada unit
Thales di Asia, Thales International Asia (Thint Asia).
Siasatan mendapati  sebuah syarikat lain, Terasasi, di mana
pemegang utama syarikat itu ialah Razak, menerima bayaran untuk kerja
perundingan.
Bagaimanapun, penyiasat
percaya ia sebenarnya sogokan.
Dengan Razak didakwa
di Perancis pada 18 Julai dengan tuduhan “persubahatan secara aktif dan pasif
dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat”, isu ini menjadi semakin penting
dalam konteks politik dan ekonomi Malaysia.
Malah kontroversi juga membabitkan pembunuhan model
Mongolia yang dibunuh kejam di Malaysia.
Isu di sini ialah bagaimana Najib ‘dapat
mempengaruhi kerajaan’ untuk membeli kapal selam berkenaan jika kerajaan ketika
pentadbiran dan Kabinet Dr Mahathir tidak membuat keputusan membelinya?
Apakah ia buat ketika pentadbiran Tun Abdullah
Ahmad Badawi atau ketka tempoh ‘perpindahan kuasa antara dua Perdana Menteri’
berkenaan?
Persoalan penting sekarang ialah, jika kerajaan tidak
berminat, bagaimana pembelian itu dapat dibuat juga oleh kementerian yang
diketuai oleh Najib?
Apalagi pembelian itu jauh sekali daripada sesuatu
yang boleh dianggap ‘penting untuk kepentingan rakyat dan keselamattan negara’.
Kenapa ia tidak mendapat bantahan kerajaan pada
ketika itu?
Najib
dikatakan menyelia urusjanji bernilai hampir €1 billion (RM5.06 bilion) untuk
membeli dua kapal selam kelas Scorpene dan satu kapal selam kelas Agosta
daripada DCN, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pertahanan Perancis, Thales.
Bagaimana ia boleh berlaku dan berlalu begitu
sahaja?
Bukan sahaja isu dikaitkan dengan ‘rasuah’ tetapi
paling penting ialah jika pembelian kapal selam tidak penting dan lebih malang
jika ‘kurang digunakan’, apakah ia projek gajah putih?
Jika ia gajah putih ia bukanlah suatu keutamaan dan
boleh dikategorikan sebagai ‘pembaziran’?
Dengan kata lain, pembaziran dan perbelanjaan besar
oleh Najib bukan sahaja bermula sejak beliau menjadi Perdana Menteri, tetapi
lebih awal iaitu sejak 2002 lagi?
Mugkin juga pemakluman bekas Menteri Pertahanan itu kepada Kabinet mengenai perlu dan pentingnya pembelian
Scorpene tidak diberikan perhatian mendalam oleh Perdana Menteri dan menteri
Kabinet lain.
Namun di sebalik ‘lupa ingatan’ itu, bagaimana Dr
Mahathir dapat ingat dengan jelas keputusannya tidak membeli kapal selam?
Menurut Dr Mahathir, beliau memang tidak mahu beli (kapal selam) kerana tidak
boleh digunaakan.
“Kapal selam itu kita
tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi.
“Tetapi tiba-tiba
setelah saya bersara, saya dapat tahu menteri pertahanan sudah buat pesanan
untuk mendapatkan dua buah Scorpene,” kata Dr Mahathir yang bersara dari
kerajaan pada 2003.
Najib yang  merupakan menteri pertahanan ketika itu dan
Abdullah yang pernah menjadi Perdana Menteri pasti ‘tidak lupa ingatan’ seperti Tun Dr
Mahathir mengenai pembelian ini.

Sebagai rakyat tidkkah
 wajar bagi kita menuntut jawaan mereka
berdua kerana kos pembelian ini sebenarnya sekali ganda lebih besar jumlahnya daripada kontroversi wang
RM2.6 bilion yang dikataan derma dari Raja Arab itu?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons