November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LANGAT 31 Okt. – Kerisauan seorang ibu setelah anak perempuannya hilang berakhir dengan kegembiraan apabila kanak-kanak itu berjaya ditemukan empat jam selepas itu di lokasi tidak jauh dari kediamannya di Taman Yayasan Sungai Jarom di sini hari ini.

Mangsa, berusia enam tahun yang berada di bawah jagaan neneknya  berumur 70 tahun dilaporkan hilang ketika mereka sedang bermain di halaman rumah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, ketika kejadian, nenek mangsa sedang berbual dengan jiran sebelum membantu jirannya mengambil dan membuang kayu di belakang rumah.

“Mangsa difahamkan turut mengikut mereka ke belakang rumah sebelum kehilangannya disedari oleh warga emas itu.

“Wanita itu kemudian berusaha mencari cucunya di kawasan rumah dan taman terbabit tetapi gagal. Bimbang perkara tidak diingini, laporan polis kemudiannya dibuat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azizan memberitahu, mangsa bagaimanapun berjaya ditemukan semula dalam keadaan selamat oleh orang awam di kawasan bersemak di tepi sungai.

“Mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari rumah neneknya pada pukul 5.30 petang.

“Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Banting untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons