November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Penceramah kontroversi yang mengkritik Sultan Johor berhubung isu dobi “mesra Muslim”, Zamihan Mat Zin dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, Jumaat lalu.

Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu memuat naik 4 gambar beliau dalam upacara konvokesyen ke Facebooknya, semalam.

“Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah SWT…akhirnya selesai konvokesyen ijazah Phd, Akidah dan Pemikiran Islam, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM, Bangi.

“Walaupun ditohmah dan dibantah oleh segelintir golongan Wahhabiol dan terpaksa menunggu hampir 2 tahun setelah viva akhirnya takdir Allah mengatasi segala perancangan manusia. Nantikan keluaran buku terbaru Ust Dr. Zamihan (bertajuk) Wahhabi Bukan Salafi, Doktrin Fahaman Wahhabi, Unsur Wahhabi Takfiri dan Jalan Menuju Allah SWT,” tulisnya di laman media sosial itu.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu direman 3 hari di bawah Akta Hasutan, sebelum dibebaskan pada 14 Oktober lalu.

Susulan itu, beliau diselar Sultan Johor sebagai “tin kosong” serta “seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.”

Ia selepas tindakan Zamihan mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai isu kedai dobi “mesra Islam” di Muar dan mempersoalkan kebersihan bukan Islam menerusi rakaman ceramahnya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, awal bulan lalu.

Pada 16 Oktober lalu, Sultan Selangor mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar Zamihan kerana ceramah agamanya mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.

Keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah MAIS, yang menapis penceramah agama di Selangor turut dibatalkan. – FMT



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons