December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Politik negara semakin kotor dan amat mengecewakan sekali. Segalanya ini disebabkan oleh tindakan beberapa kepimpinan Pakatan Pembangkang yang sudah melampaui batas tata susila dan adab resam.


Sebelum ini kita dihidangkan dengan keceluparan Lim Guan Eng DAP yang menghina kerajaan. 18 kali perkataan ‘gila’ telah beliau ucapkan semasa ucapan pendek di Himpunan Anti Kleptokrasi.

Baca :http://novandri.blogspot.com/2017/10/himpunan-anti-kleptokrasi-ada-yang-gila.html

Kita juga amat kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengutuk dan menghina Datuk Seri Najib Razak dan keturunan Bugis. Lihat video di bawah :


video

Tindakan Mahathir ini secara tidak langsung telah menjatuhkan kredibiliti dan maruah beliau. Ianya juga merupakan satu bentuk character assasination yang kurang sihat, melampau dan tidak dapat diterima langsung.

Mana mungkin ada yang bersetuju dengan ucapan tersebut. Inikah perangai seorang pemimpin yang sebelum ini disanjung tinggi oleh rakyat tetapi kini begitu desperado hingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang sangat hina?

Mahathir sudah berubah dan terikut-ikut dengan perangai buruk kepemimpinan pembangkang lain yang begitu mudah menghina orang. Sungguh mengecewakan.

Dalam masa yang sama, Mahathir lupa dengan segala yang dilakukannya. Beliau berkata “kita dapati, dalam masyarakat kita orang yang didapati terlibat dalam amalan rasuah, apabila ditanya mengenainya dia masih mampu tersenyum, seolah-olah tidak lakukan kesalahan berkenaan.”

Realitinya, Anwar Ibrahim, rakan politiknya, pernah menuduh Mahathir sebagai perasuah besar dan perompak kekayaan negara Malaysia. Lihat video di bawah:


video

Lebih memalukan lagi apabila pemimpin pembangkang telah menuduh Mahathir dengan pelbagai gelaran. Lihat video di bawah:


video

Ironinya hari ini, mereka pula yang bersekongkol dengan Mahathir. Mereka juga tidak pernah menarik balik segala tuduhan tersebut dan mengharap rakyat terlupa dengan segala wayang murahan mereka.

Sikap pembangkang ini sangat tidak bertanggungjawab dan mereka tidak patut disokong oleh rakyat Malaysia.

Ini pula adalah surat terbuka kepada Mahathir : BACA

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons