November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Bukan rahsia lagi, bahkan umum telah mengetahui, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan banyak pemaju hartanah. Selama bertahun-tahun, dia dilihat cukup mudah untuk meluluskan banyak projek lereng bukit kepada pemaju-pemaju tersebut sekalipun dibantah keras oleh pelbagai NGO dan persatuan penduduk.

Pembangunan lereng bukit sepanjang zaman pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang amat pesat, terutama sekali di sekitar Tanjung Bunga dan kawasan Mount Erskine.

Suara-suara daripada pelbagai pihak kepada Kerajaan Negeri agar menghentikan pemberian permit dan kelulusan bagi pembangunan lereng bukit, langsung tidak didengar dan dipedulikan. Selama bertahun-tahun, bantahan telah dibuat, tetapi Lim Guan Eng sangat bijak bermain kata-kata dan menyalahkan pelbagai pihak yang lain. Bahkan Mendiang Karpal Singh sendiri pernah menyuarakan bantahan berhubung pembangunan puncak dan lereng bukit.

Namun Lim Guan Eng tetap memekakkan telinganya.

Kerajaan Tempatan PBT seperti MBPP menjadi barua dan balaci Lim Guan Eng dalam mengeluarkan permit kepada projek-projek lereng bukit tersebut. Dalam insiden yang mengorbankan hampir 20 orang di Tanjung Bungah dua hari lepas dan hari ini, mayat terakhir dibawa keluar, MBPP telah mengeluarkan permit kerja kepada pemaju Projek Granito @ Permai berdasarkan kepada garis panduan mereka sendiri. Sedangkan projek tersebut dari awal lagi telah ditolak oleh Jabatan Alasan Sekitar kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan sebuah kuari yang masih aktif.

Kewujudan lokasi kuari tersebut kemudiannya, menjadi alasan kepada Lim Guan Eng untuk menyalahkan pentadbiran lepas, sekalipun projek Granito @ Permai diluluskan oleh pentadbirannya sedangkan kuari berkenaan telah wujud jauh lebih lama.

Kini, penduduk Pulau Pinang mula mempersoalkan, berapakah sebenarnya jumlah projek pembangunan hartanah yang dilaksanakan tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, mereka turut mempersoalkan, apakah garis panduan yang diikuti oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk meluluskan projek-projek tersebut walaupun dibantah oleh Jabatan Alam Sekitar.

11 orang yang tidak bersalah terbunuh hasil daripada sikap haloba Kerajaan Negeri, Ketua Menteri dan Kerajaan Tempatan. Ketua Menteri sendiri merupakan Exco yang terlibat dalam urusan-urusan tanah di Pulau Pinang. Sepatutnya kesemua mereka yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, dikenakan tindakan kerana melakukan jenayah!

Pihak pemaju sudah pasti tidak akan membangunkan kawasan tersebut sekiranya tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri. Tanah runtuh itu tidak akan membunuh 11 orang pekerja yang tidak bersalah sekiranya Kerajaan Negeri mematuhi garis panduan dan arahan Jabatan Alam Sekitar dan sekiranya mereka mahu mendengar keluhan, rungutan dan aduan daripada rakyat, bukannya semata-mata memikirkan keuntungan.

Satu-satunya ADUN DAP yang bersuara mempertahankan bossnya adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy. Ramasamy memberikan alasan yang paling bodoh, tidak sesuai langsung dengan latar belakangnya sebagai ahli akademik apabila mengatakan, pembinaan tersebut dijalankan di kawasan tanah rata dan tiada sebarang bukti jelas yang menunjukkan tanah runtuh tersebut berlaku akibat kesan letupan dari kuari berdekatan, mahupun kerana penarahan dan pembotakan puncak bukit.

Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh P. Ramasamy hanya menimbulkan gelak tawa kerana terlalu jelas, jawapan yang diberikan itu, hanyalah bersifat melepaskan tengkuk sendiri dalam usaha membodek dan membela Lim Guan Eng. Lim Guan Eng selaku Exco Tanah pun tidak berani berhadapan dengan media dan orang ramai, sebaliknya terpaksa menggunakan Chow Kon Yeow dan Datuk Bandar Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya berhenti daripada memberikan kebenaran projek-projek di lereng bukit atau pun penarahan dan pembotakan puncak bukit. Tragedi seperti ini pasti akan berulang sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng terus berdegil dan hanya memikirkan keuntungan kantung mereka.

Pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM, seharusnya memulakan siasatan kerana terlalu ketara kewujudan elemen-elemen rasuah dalam tragedi ini. Sebuah inkuiri bebas perlu diwujudkan untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons