November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ROM 31 Okt. – Inter Milan memastikan mereka kekal relevan dalam perebutan tangga teratas liga apabila naik ke tangga kedua di belakang pendahulu, Napoli selepas menewaskan Verona 2-1 awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Skuad kendalian Luciano Spalletti mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mengumpul 29 mata daripada 11 perlawanan sekali gus menjadi sejarah baharu kelab dan ketika ini mereka ketinggalan dua mata di belakang Napoli.

Peyandang juara Serie A, Juventus dan Lazio masing-masing berada di tangga ketiga dan keempat selepas berkongsi 28 mata namun dipisahkan dengan perbezaan gol. Roma di tangga kelima ketinggalan empat mata namun mempunyai baki satu perlawanan.

“Sejarah baharu sudah tercipta untuk kelab ini namun kita perlu meneruskan perjuangan. Kami perlu memastikan usaha ini berterusan hingga Jun sebelum kami nampak cahaya (kejayaan).

“Jika kami tidak memenangi perlawanan ini dan Roma menang ke atas Sampdoria (perlawanan yang ditanggukan), kami akan terkeluar daripada perebutan slot ke Liga Juara-Juara.

“Semua pasukan sedang berebut, saya fikir pasukan seperti (AC) Milan pasti akan bangkit daripada ketinggalan manakala Lazio ada pemain yang berkualiti. Semuanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Pemain tengah Sepanyol, Borja Valero membuka tirai jaringan untuk meletakkan Inter di depan pada minit ke-36 sebelum Giampaolo Pazzini menyamakan kedudukan pada minit ke-59. Ivan Perisic memastikan tiga mata menjadi milik Inter selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-67.

Selepas tewas tujuh kali pada musim ini, Verona berada di tangga kedua tercorot dengan enam mata selepas 11 perlawanan. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons