November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kecemerlangan ketika beraksi buat kali pertama dalam Sukan SEA Ke-29 (KL2017) menjulang Jellson Jabilin dan Koi Sie Yan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Sie Yan berjaya meraih empat pingat emas dan dua perak acara gimrama dan kini dalam persediaan untuk mengharungi Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia yang bakal membuka tirai enam bulan lagi.

Walaupun mengakui belum pasti akan terpilih atau tidak, namun memasang impian untuk merangkul pingat seandainya diberikan tanggungjawab tersebut.

“Semestinya anugerah ini satu penghargaan yang cukup bermakna. Selepas Sukan SEA, tumpuan saya kini beralih kepada Sukan Komanwel 2018 dan saya mahu membawa balik apa saja pingat ke Malaysia.

“Mengenai persediaan, sebenarnya ia masih belum bermula (secara rasmi) tetapi saya sudah menjalani latihan bersungguh-sungguh.

“Januari nanti, kami akan menjalani latihan sama ada di Rusia atau negara lain,” kata Sie Yan, 18, ketika ditemui pemberita dalam Majlis Anugerah Gemilang SSBJ 2017 di Dewan Olimpik SSBJ, hari ini.

Dalam majlis itu, Sie Yan mengetepikan empat lagi calon, iaitu Lee Hui Xian (wusyu), Lai Wen Li (skuasy), Izzah Amzan (gimrama) dan Grace Wong (olahraga).

Sementara itu, penerjun muda negara, Jellson mengakui tidak menjangka bahawa dia akan memenangi anugerah tersebut.

“Saya tidak sangka akan dinobatkan sebagai Olahragawan tetapi anugerah ini cukup berharga kepada saya, sekali gus menyuntik semangat untuk terus menyumbang kejayaan kepada negara,” katanya.

Penerjun kelahiran Sabah itu, menyingkirkan empat lagi calon yang disenaraikan iaitu Gabriel Gilbert Daim (akuatik – terjun), Tan Cheong Wan (wusyu), Hanis Nazirul Jaya Surya (akuatik – terjun) dan Muhamad Nazri Mustafa (olahraga).

Dalam pada itu, Siow Yee Xian daripada sukan skuasy pula menerima anugerah atlet terbaik keseluruhan (ARSA) selepas mengetepikan Muhammad Zakariya Minsuri daripada olahraga. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons