November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Banjir kilat yang melanda di Lebuhraya Persekutuan berdekatan susur keluar ke lebuh raya Kerinchi Link dan Pantai Dalam semalam berpunca daripada projek pembinaan berhampiran kawasan itu yang gagal menyediakan kolam takungan dan perangkap sampah sehingga menyebabkan sistem saliran dan longkang tersumbat dengan tanah dan sampah.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sistem perparitan dan saliran di seluruh ibu kota mampu menampung kapasiti hujan lebat yang turun itu sehingga tidak berlaku bencana banjir.

Malah, kata beliau, hasil pemantauan kementerian di lima buah stesen di sungai itu turut menunjukkan sungai di kawasan itu masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk aliran air limpahan hujan.

“Kami mendapati sungai pada ketika itu masih mempunyai kapasiti yang tinggi iaitu satu setengah meter. Ini bermakna kejadian itu tidak berpunca daripada limpahan sungai mahupun perparitan dan saliran.

“Justeru, saya meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyiasat projek pembinaan itu sama ada pemaju melanggar peraturan yang ditetapkan atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons