December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Selepas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyatakan secara berterus-terang bahawa DAP akan menambah bilangan kerusi yang akan ditandinginya di Selangor membabitkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS sebelum ini, DAP di seluruh negara terus memburu pertambahan kerusi di negeri-negeri bukan dominan DAP. 

Di Kedah, perbalahan kecil tercetus selepas DAP menyuarakan keinginan untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin PKR yang sudah berangan-angan untuk menjadi Ahli Parlimen di samping sebagai ADUN seperti Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani masakini. 

DAP beranggapan, parti mereka adalah dominan. Justeru, tidak ada mana-mana parti di dalam Pakatan Harapan yang boleh mengatasi kehendak mereka. 

8 kerusi DUN Selangor yang hendak ditandingi oleh DAP adalah kerusi-kerusi yang sekarang ini dikuasai oleh PAS. Alasan yang diberikan oleh DAP ialah, kerusi-kerusi berkenaan menyaksikan peratusan masyarakat pengundi bukan Melayu yang cukup ramai sekaligus memberi peluang kepada DAP untuk menguasainya. 

PAS pula telah diterajang keluar dari Pakatan pada penghujung tahun lepas oleh Lim Guan Eng dan DAP sendiri setelah PAS berkeras untuk terus membentangkan usul pemerkasaan undang-undang dan mahkamah syariah RUU355, yang kemudian dipolitikkan oleh DAP sebagai undang-undang hudud yang mahu memaksa agama Islam ke atas penganut-penganut bukan Islam di negara ini. 

Sepatutnya, selepas PAS dikeluarkan dari Pakatan, tempat parti tersebut diambilalih oleh Parti Amanah Negara (PAN). Dengan kata lain, 15 kerusi DUN yang ‘dikosongkan’ oleh PAS sekarang ini, akan diambilalih oleh PAN untuk konsesi di dalam Pakatan Harapan. Pembahagian turut melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang pastinya akan turut bertanding menentang UMNO dan PAS. 

Malangnya, persetujuan sebegitu tidak berlaku. 

Di Kelantan dan Terengganu, Penyelarasi Perhubungan Organisasi DAP Kelantan dan Terengganu, Lee Chin Chen dan pemimpin DAP Kelantan, Chua Chin Hui pula menyatakan hasrat DAP untuk bertanding di kerusi-kerusi DUN Kota Lama dan Galas pada PRU-14.

Pada PRU lalu, Kota Lama dimenangi calon PAS dengan undi majoriti 6,618 undi manakala DUN Galas, PAS kalah dengan majoriti 1,301 undi. Secara logiknya, di Kota Lama dan Galas, yang berhak meletakkan calon menggantikan PAS adalah PAN bukannya DAP.

Maka timbullah pertanyaan, mengapa hanya DAP yang beria-ia mahu mengambilalih kerusi-kerusi berkenaan, baik di Sabah, Selangor, Kedah, Johor mahupun Kelantan berbanding menyerahkannya kepada PKR, PAN mahupun PPBM. Sedangkan pada masa yang sama, ketiga-tiga parti tersebut tidak pula kedengaran cerita atau desas-desus mahu mengambilalih kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP.

Seandainya alasan DAP mahu bertanding di kerusi-kerusi tersebut yang merupakan kerusi bermajoriti Melayu bagi memadam tanggapan negatif bahawa parti itu adalah chauvinis, mengapa pula DAP tidak menyerahkan sebahagian daripada kerusi yang ditandinginya yang bermajoritikan pengundi bukan Melayu kepada PKR, PAN mahupun PPBM?

Nyatalah, ketamakan DAP adalah motif sebenar. Manakala tiga buah parti lain yang menjadi sekutunya pula terdiri daripada parti-parti penakut yang tidak berani mengeluarkan sebarang bantahan kepada penguasaan Lim anak beranak. Mereka hanya tahu mengangguk dan mengiyakan walaupun di belakang, mereka merungut-rungut.

Dan tidak hairanlah mengapa wujud tanggapan, undi Pakatan bererti undi DAP!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons