December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pembangkang bercelaru dan semakin tidak boleh dipercayai.


Terbaru ialah kenyataan Dr Mahathir yang mengelar Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘Najis’. Kononnya tersasul tetapi kita dapat rasakan bahawa ianya disengajakan.

Lihat video di bawah:

Kita amat kecewa dan membantah keras tindakan Mahathir. Malah, beliau sepatutnya tidak merendahkan maruah beliau sebegitu hina seperti pemimpin pembangkang yang lain.

Seperkara lagi, Lim Guan Eng DAP telah menyatakan bahawa puak pembangkang ‘berjanji akan mengekalkan Skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).’

Kenyataan beliau itu bercanggah dengan kenyataan Mahathir Mohamad. Beliau mendakwa kerajaan perlu mengurangkan defisit dengan menghapuskan beberapa polisi sedia ada. Ianya adalah:

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

2. Elaun RM300 kepada nelayan. 

3. RM800 untuk pengerusi-pengerusi Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) 

4. Pemberian wang persaraan yang kononnya untuk golongan yang tidak layak.

Maksudnya ialah jika puak pembangkang menang PRU14,

1. 6,320,769 penerima BR1M 2017 mungkin tidak akan lagi menerima bantuan BR1M

2. Seramai 16,000 pengerusi-pengerusi Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak akan menerima elaun.

3. Lebih daripada 21,000 nelayan mungkin tidak lagi menerima elaun.

Mahathir juga mendakwa Datuk Seri Najib telah menjejaskan lagi dana kerajaan kerana menaikkan gaji penjawat awam dan menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta orang.

Kenyataan itu jelas bermaksud bahawa Mahathir akan mengurangkan jumlah penjawat awam.

Tidak mengejutkan kerana kenyataan itu selari dengan cita-cita DAP yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam. DAP telah mencadangkan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam”

Projek ini jelas membuktikan bahawa DAP amat benci dan menyimpan dendam kerana majoriti penjawat awam terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera.

Mahathir turut mempersoalkan bantuan kepada ribuan umat Islam yang menunaikan fardu Haji.

Mahathir dan puak pembangkang juga:

1. Tidak mahu emolum penjawat awam dinaikkan. 

2. Tidak mahu gaji minimum RM700 dinaikkan kepada RM1,200. 

3. Pelbagai lagi elaun seumpamanya perlu dikaji semula atau dimansuhkan.

Ironinya, kerajaan PKR Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah menaikkan gaji exco-exconya. Maka adalah lebih afdal jika Mahathir meminta kedua-dua kerajaan negeri itu membatalkan kenaikan gaji exco masing-masing dahulu.

Malah, Mahathir seperti tidak faham tentang GST apabila mendakwa ‘bayi yang minum susu pun akan dikena cukai’. Padahal, susu formula bayi dikecualikan GST.

Mahathir juga mendakwa kerajaan memperolehi wang melalui penjualan tanah.

Tetapi Mahathir diam membisu dan takut mempersoal tindakan kerajaan DAP yang menjual tanah untuk menampung projek yang tidak pernah bermula. RM305 juta wang rakyat telah dipakai untuk laporan projek yang tidak pernah siap tetapi Mahathir tutup mata dan telinga.

Kita juga dapat merasai betapa desperadonya Mahathir apabila mendakwa kononnya ‘90% dari pengundi yang berdaftar sudah pun nyatakan mereka tolak Najib.’

Sesiapa sahaja akan tersenyum sinis dengan nilai yang dinyatakan itu. Nilai tersebut hanya propaganda Mahathir yang tidak masuk akal.

Kesimpulannya, kenyataan Mahathir ini sudah pasti akan memeningkan puak pembangkang. Besar kemungkinan, pemimpin pembangkang buat-buat tidak tahu dan enggan menjawab kenyataan itu.

Dan logiknya, jutaan rakyat yang menerima BR1M, penjawat awam, pesara, nelayan, kumpulan yang ditindas dan keluarga mereka sudah pasti akan menolak pembangkang dan memastikam kerajaan sedia ada menang pada PRU14 nanti.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons