December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Majlis Peguam masih mempunyai peranan dalam Jawatankuasa Khas Bagi Menyediakan Rangka Tindakan (Blueprint) yang holistik bagi profesion undang-undang dan menyediakan cadangan pindaan komprehensif terhadap Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, selain Majlis Peguam, pihak-pihak berkepentingan dan pakar dalam bidang khusus serta perundangan turut menjadi ahli dalam jawatankuasa tersebut .

Jelas beliau, antaranya adalah Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Mahkamah, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak, Persatuan Peguam Syarie, pengamal undang-undang dan dekan-dekan fakulti undang-undang daripada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

“Kesemua ahli-ahli berkenaan dalam proses perbincangan dan mereka akan melihat secara keseluruhan kepada cadangan yang boleh diguna pakai kerana metodologi yang diguna pakai dalam perbincangan tersebut adalah ‘Focus Group Discussion’ iaitu ahli-ahli berpeluang mengemukakan sebarang pandangan atau cadangan bertulis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), di sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons