November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Di dalam Bajet 2018 hari ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan pemansuhan tol di Batu Tiga, Sungai Rasah, Bukit Kayu Hitam dan Eastern Dispersal Link (EDL).

Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) memilik ketiga-tiga projek tol di Batu Tiga, Sungai Rasau dan Bukit Kayu Hitam. PLUS juga dalam proses mengambil alih tol EDL di Johor daripada MRCB (di mana KWSP merupakan pemegang saham yang terbesar).

PLUS dimiliki oleh Khazanah Berhad sebanyak 51% dan 49% lagi dimiliki oleh KWSP. Jadi kalau ada pampasan sekalipun seperti yang dirungut oleh janda berhias PKR, Nurul Izzah Anwar adalah dari poket Kerajaan ke Kerajaan iaitu dari Khazanah Berhad ke KWSP. Jadi apa masalahnya?

Berbalik kepada taukeh ais krim jamban dari Selangor pula, beliau tidak habis-habis bermuka tebal untuk mengambil kredit. Kononnya hasil perjuangan Rakyat Selangor di bawah pemerintahan beliaulah tol Batu Tiga dan Sungai Rasah dihapuskan. Muka tak tahu malu.


Agak hairan kenapa pemimpin pembangkang tidak puas hati apabila Rakyat tidak perlu membayar tol. Kenapa perlu marah?

Nota Kaki – Puji tetap puji. Wan Azizah cerdik juga hari ini. Tidak membuat kenyataan, “Ehhh, macam mana Kerajaan nak mansuh tol keretapi? Tak pernah saya dengar keretapi ada tol.”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons