January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bintang terjun negara, Nur Dhabitah Sabri dinobat selaku Olahragawati Terbaik Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2015/16 di sini, sebentar tadi.

Atlet Kuala Lumpur berusia 18 tahun itu berjaya mengetepikan dua pencabar utama iaitu pemain skuasy negara Rachel Arnold dan Tammy Ng (gimrama).

Kejayaan itu menyaksikan dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala iringan.

Pemenang pingat emas Sukan SEA ke-29 dalam acara 3m papan anjal itu memberitahu, kejayaan yang diterimanya pada malam ini adalah sesuatu yang sangat besar dan bermakna buat dirinya.

“Memang saya gembira dengan kejayaan ini kerana ia sesuatu yang sangat besar buat saya.

“Selepas ini saya akan fokus kepada latihan dan berharap dapat menyumbang lebih banyak pingat buat negara,” katanya.

Atlet taekwondo negara, Danial Mohd. Azri yang melakar beberapa kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pula dipilih sebagai Olahragawan Terbaik Wilayah Persekutuan.

Tidak ketinggalan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Ziyad Zolkefli yang diberi anugerah khas paralimpik lelaki.

Anugerah Olahragawan Harapan menjadi milik bintang muda skuasy negara, Ng Eain Yow, manakala atlet angkat berat, Nur Atikah Mahamad Sobri muncul Olahragawati Harapan.

Sukan gimnastik juga cemerlang kali ini apabila merangkul dua anugerah iaitu Pasukan Terbaik melalui pasukan gimrama selain anugerah khas persatuan sukan menerusi Persatuan Gimnastik WPKL.

Sebelas kategori anugerah disampaikan pada malam ini dan majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan.- UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons