November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ISLAMABAD 31 Okt. – Seorang wanita ditahan selepas disyaki membunuh suami dan sekurang-kurangnya 12 orang saudara kepada lelaki itu apabila mencampurkan susu dengan racun di bahagian tengah wilayah Muzaffargarh, Pakistan.

Portal BBC memetik kenyataan polis sebagai berkata, Asiya Bibi dipercayai secara sengaja melakukan perbuatan itu terhadap suaminya sejak minggu lepas, namun lelaki tersebut tidak meminum susu berkenaan.

Susu yang diperam itu kemudian menjadi ‘lassi’ iaitu sejenis yogurt popular di sini sebelum dihidangkan kepada saudara mara sebelah suaminya.

Menurut polis lagi, Asiya dikatakan menjadi mangsa perkahwinan paksa yang berlangsung pada September lalu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons