November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PAS mahu solat hajat, AMANAH lapor polis


Hari ini, 9:14 am Hari ini, 9:20 am

Parti Amanah Negera (AMANAH) kawasan Kubang Kerian, Kelantan membuat laporan polis susulan hasrat PAS negeri itu mahu mengadakan himpunan dan solat hajat di Wisma Tok Guru, Kampung Pendek, Salor, Kota Bharu pada 16 November nanti.

Ketua AMANAH Kawasan Kubang Kerian, Fauzi Muhammad dalam laporannya berkata hasrat PAS itu berbentuk provokasi yang boleh menggugat keamanan dan huru-hara.

Ini kerana, katanya, tindakan membuat solat hajat itu bersifat pramatang serta mendahului proses perundangan, sedangkan isu berkaitan tanah tapak Wisma Tok Guru masih terlibat dengan pertikaian di mahkamah dan sedang dibicarakan.

“Perihal tanah di Wisma Tok Guru masih dalam prosiding Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

“Bagi tuntutan sivil pula, pihak peguamcara (AMANAH) dalam proses memulakan tindakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi mendapatkan satu perintah injuksi dan mengekalkan status qou kedudukan hartanah tersebut sehingga proses undang-undang berakhir,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.

image: https://i.malaysiakini.com/1171/1c5654f461e5362db22b4078f00db055.jpeg

Terdahulu, PAS Kelantan dilaporkan merancang untuk mengadakan himpunan dan solat hajat kesyukuran selepas berjaya membeli semula tanah tersebut dengan nilai RM700, 000 melalui seorang ahlinya.

Isu premis yang kini menjadi markas AMANAH Kelantan itu timbul selepas PAS mendakwa membeli tanah milik isteri bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim, September lalu.

PAS kemudiannya menghantar notis sebulan supaya AMANAH Kelantan mengosongkan bangunan tersebut selewat-lewatnya pada 16 November depan.

Namun, AMANAH Kelantan melalui pengerusinya, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah sebelum ini menegaskan betapa mereka tidak akan berganjak keluar daripada premis itu selagi tiada keputusan muktamad mahkamah.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa pula menegaskan pihaknya turut mempunyai hak ke atas bangunan yang didirikan itu selepas mendapat kebenaran bertulis (notis) daripada Ahmad Rosli.

Sementara itu, Fauzi berkata, adalah tidak wajar PAS mengambil sebarang tindakan ke atas hartanah tersebut yang mana boleh mengganggu proses keadilan di mahkamah.

“Secara perundangan, PAS tiada kaitan dengan hartanah tersebut kerana tanah itu dinamakan kepada pihak ketiga (pembeli), manakala PAS tidak dinamakan sebagai pemilik dalam pendaftaran hartanah berkenaan.

“Tindakan itu jelas membelakangi undang-undang Malaysia dan merupakan satu provokasi yang boleh mencetuskan pecah amanah, huru-hara dan pergaduhan.

“Justeru, laporan ini dibuat bagi tindakan pihak polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan bagi mencegah berlakunya sebarang kejadian buruk,” katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/400123#bikhpUDAwMIRUdfJ.99



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons