December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pemuda PAS menempelak tuntutan balas Clare Rewcastle yang mendakwa Hadi Awang berkomplot dengan YAB Perdana Menteri untuk mengeksploitasi satu kes mahkamah di London.

Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadli Shaari berkata editor Sarawak Report itu sepatutnya mendapatkan bukti kononnya PAS menerima RM90 juta daripada membuat dakwaan baru yang tidak sahih.

“Lebih baik mereka berusaha dapatkan bukti atas tuduhan mereka terhadap PAS yang dikatakan menerima RM90 juta sebelum daripada ini, daripada membuat dakwaan baru yang sudah tentu memerlukan kepada bukti pula,” katanya.

Ahmad berkata tuduhan terbaharu itu menunjukkan bahawa Sarawak Report sudah semakin terdesak dan hilang kredibiliti sebagai sebuah portal berita berdasarkan fitnah yang disebarkan.

“Sekiranya mereka tewas di dalam kes saman ini mereka sama sekali tidak akan dipercayai lagi selepas daripada ini. Ini termasuklah juga juak-juak mereka di Malaysia yang gemar bersandar kepada laman web ini untuk melakukan apa-apa tuduhan,” katanya.

Dalam laporan FMT, Clare mendakwa PAS berkomplot dengan Najib untuk mengeksploitasi prosiding mahkamah di London dalam usaha untuk melepaskan Perdana Menteri daripada tuduhan.

Clare dalam tuntutan balas menjawab saman Hadi berkata mereka mahu mencemar nama baiknya serta laman portal Sarawak Report yang berkempen untuk membawa Najib ke mahkamah.

Claire juga turut menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 orang pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang berjumlah RM 90 juta yang disumberkan daripada 1MDB. 

Secara tidak lansung, tindakan Rewcastle itu menunjukkan bahawa dia sedang berada dalam keadaan yang semakin terdesak dan khuatir akan tewas dalam prosiding mahkamah yang sedang dibicarakan pada ketika ini!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons