December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) bakal mengorak langkah setapak lagi apabila pertubuhan itu sedang merancang untuk mengadakan kolaborasi dengan sebuah syarikat produksi , c8 Media berhubung pembikinan filem pendek berkaitan aktiviti konservasi sumber hutan di negara ini.

Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, jalinan seumpama ini jelas mampu memperbanyakkan lagi filem-filem berunsurkan pemeliharaan alam semula jadi sekali gus memberikan kesedaran kepada umum dalam menyelamatkan nyawa haiwan yang bakal pupus.

Ujar beliau, kini hutan di negara kita semakin mengecil, jadi masyarakat harus menjadikan agenda pemuliharaan habitat semula jadi sebagai fokus utama sebelum bertindak menyelamatkan haiwan-haiwan tersebut.

“Kita nak orang awam sedar bahawa faktor kemusnahan habitat asal di negara kita adalah berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di seluruh negara. Kelekaan itu turut membawa nasib malang kepada hidupan liar yang menghuni hutan tersebut.

“Kita berharap agar selepas ini ramai lagi pengarah-pengarah filem ternama mengambil peluang menjayakan cerita berkisarkan konservasi sumber alam demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya menghargai alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Save Me-Winner Short Movie of Kuala Lumpur Eco Film Festival (KLEFF) 2017 dan Malaysia 1st International Short Film Making Collaboration di Restoran Terapung Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kreatif c8 Media, Julez Wong dan Pengarah Filem Pendek ‘Save Me’-Amidst The Tree, Mohsen Nabavi.

Dalam pada itu, Mohsen berkata, kejayaan filem Save Me merangkul anugerah filem pendek terbaik dalam Festival Filem Eko Kuala Lumpur Ke-10 pada Jumaat lalu telah menguatkan semangatnya untuk terus berkolaborasi dengan lebih ramai lagi penggiat seni.

Menurutnya, filem pendek kerjasama antara negara Iran dan Malaysia ini turut memenangi enam lagi anugerah di peringkat antarabangsa antaranya di 6th Persian Film Festival, Australia 2017; Eurasia International Monthly Film Festival, Russian dan RA International Independent Film Awards, Italy 2017.

“Save Me sebelum ini juga terpilih dalam beberapa festival antaranya Sose International Film Festival, August 2017; Lyons Film Festival USA June 2017 dan Canada’s Yes! Let’s Make a Movie Film Festival June 2017.

“Saya berharap penonton di luar sana terkesan dengan filem pendek yang diketengahkan dengan elemen emosi, kasih sayang serta cinta akan alam semula jadi tersebut. Saya percaya walaupun penyiarannya tanpa melibatkan suara atau percakapan, ia mampu menyentuh jiwa semua penonton,” katanya.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons