November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sebanyak 55 blok melibatkan enam projek pembinaan di kawasan bukit dengan ketinggian 76 meter dan ke atas di negeri ini diluluskan sejak 2008 hingga 2015 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ahli Penang Forum, Dr Kam Suan Pheng berkata, enam kawasan terlibat adalah Paya Terubong, Tanjung Bungah, Batu Feringghi, Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

Menurutnya, perkara itu amat membimbangkan berikutan ia dibina di kawasan berisiko yang mana, pihaknya bimbang kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, 21 Oktober lalu yang mengorbankan 11 nyawa berulang.

Suan Pheng berkata, selain kejadian tanah runtuh, masalah yang sering membelenggu penduduk Pulau Pinang adalah banjir yang kian membimbangkan dari tahun ke tahun.

“Jika dilihat perbandingan pola kawasan yang dilanda banjir sejak 2008 hingga 2017, kawasan yang dilanda banjir kian bertambah dari tahun ke tahun. Kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini mendedahkan punca jangka masa pendek dan panjang.

“Pihak berwajib perlu mengambil kira situasi taburan hujan, banjir dan hakisan bukit secara serius. Selain itu, perlu diambil kira adalah penyebab utama banjir antaranya saliran atau perparitan yang kecil dan tersumbat, pembangunan di lereng bukit dan pemotongan cerun bukit,” katanya ketika sesi pembentangan di majlis dialog semalam.

Dialog Banjir Pulau Pinang: Masanya untuk Bertindak itu turut dihadiri hampir 200 peserta dengan menampilkan lima panel iaitu wakil Penang Forum, Datuk Agatha Foo; kontraktor, Aziz Noor serta wakil penduduk Tanjung Bungah, R Meenakshi dan wakil penduduk Bandar Baru Air Itam, K Suthakar.

Antara Adun yang hadir, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid; Adun Pulau Betong, Datuk Dr Muhamad Farid Saad dan Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin.

Sementara itu, Meenakshi dalam ucapannya berkata, pihaknya bersama 24 persatuan penduduk lain akan terus menuntut kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir dan tanah runtuh di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu menyediakan Rancangan Tempatan Pulau Pinang agar mengawal perancangan dan cerun yang terdedah perlu dipulihkan semula.

“Pemotongan bukit dan pembangunan di cerun bukit mesti dihentikan segera, kerajaan negeri mampu melaksanakannya dengan tidak meluluskan sebarang pembangunan di lereng bukit.

“Selain itu, pihak berkuasa tempatan perlu membuat pengisytiharan awam terhadap kawasan bukit dan cerun yang tidak selamat. Selain itu, longkang yang sempit perlu kerap dibersihkan agar tidak tersumbat,” katanya.

Komen GPB 

Di mana pemimpin DAP ? Masa himpuannan anti Lynas Cakap kerajaan P.Pinang nak jaga alam sekitar?  Takut rakyat tanya ka tentang projek khas diluluskan kerajaan DAP?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons