November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


CUKAI Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada petani menyebabkan mereka terpaksa menanggung beban kos tambahan sebanyak 30 peratus.

Perkara itu didedahkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK) melalui pengerusi jemaah pengarahnya, Datuk Abdul Lateh Mohd Saman yang dilaporkan mahu menghantar memorandum agar GST dikecualikan terhadap barangan dan perkhidmatan yang terpaksa ditanggung oleh petani selama ini.

“Perkara ini mendapat rungutan petani yang mana untuk mengangkut baja, benih padi, upah traktor, dan mesin jentuai turut dikenakan GST. Ini tidak termasuk kos lain yang terpaksa dibayar Petani bagi barangan input-input pertanian,” katanya.

Lantaran itu, PPNK dalam mesyuarat agungnya mahu mengusulkan perkara berkenaan melalui memorendum kepada pihak kerajaan. Ini kerana GST yang dikenakan terhadap barangan pertanian dan perkhidmatan pengangkutan sangat membebankan petani.

Baca selanjutnya — Bernama

*** Dari laporan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelaksanaan cukai GST sebanyak 6 peratus kepada petani telah memberi kesan “domino effect” kepada peningkatan kos sebanyak 30 peratus.

Ini baru kesan langsung yang dialami oleh petani, belum lagi Kesan-kesan langsung dan tidak langsung yang dialami oleh pihak-pihak lain. Disebabkan itulah harga barang sentiasa naik tak pernah turun akibat GST.

Hanya Ahmad Maslan gila dan penyokong-penyokong Najib yang kata GST turunkan harga barang. Pegang kata-kata aku ini,

“Jika Barisan Nasional menang PRU14, peratus cukai GST akan dinaikkan lebih tinggi,”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons