November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SANDAKAN 31 Okt. – Polis Antarabangsa (Interpol) memberi kemudahan kepada agensi penguat kuasa di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) untuk mengakses 7.5 juta maklumat individu di dalam sistem data yang dimilikinya bagi memastikan maklumat yang diperoleh sepanjang operasi dapat dikongsi mengikut masa nyata.

Pengarah Operasi Sokongan dan Analisis Interpol, Harald Arm berkata, kemudahan tersebut adalah antara yang dijalankan melalui kerjasama Malaysia – Interpol sempena Operasi Maharlika yang dilancarkan bermula esok hingga 15 November depan.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan yang turut melibatkan pihak berkuasa Filipina, Brunei dan Indonesia membuktikan komitmen antara Interpol dan semua negara anggotanya.

“Operasi Maharlika adalah salah satu cara Interpol berkerja dengan negara-negara anggota untuk membantu mereka mendapatkan maklumat tentang kegiatan pengganas.

“Kerjasama seperti ini penting untuk memastikan maklumat polis dari seluruh dunia dapat dicapai oleh anggota-anggota di barisan depan mengikut waktu nyata,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran Operasi Maharlika Interpol di sini hari ini.

Operasi tersebut dilancarkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain; Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali dan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Zubil Mat Som. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons