November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kenyataan menarik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini
ialah “beri pengundi elaun perjalanan ialah rasuah”.

Selepas berkali-kali pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
di negara ini, kenyataan ini bukan sahaja perlu diambil perhatian berat oleh
parti pembangkang tetapi lebih penting kepada parti pemerintah, khususnya
Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Isu ‘bayaran  elaun untuk  pengundi’ khususnya ‘bayaran untuk pengundi luar’ ini sering menjadi isu dalam UMNO dan PAS. Ini kerana dua parti
inilah paling banyak menyediakan peruntukan kepada pengundi luar.
Bagaimanapun, tidak dinafikan, parti lain juga turut
terlibat. Hanya bukti yang mampu menyerlahkan siapa yang paling banyak dan yang siapa pula yang untung daripadanya.

S

elepas terlibat dalam setiap pilihan raya
umum secara langsung sejak 1986, penulis melihat isu ‘peruntukan untuk pengundi luar’ ini bukan
sesuatu yang asing. Ia peruntukan dimestikan, khususnya oleh UMNO dan PAS.

Malah faktor kepulangan pengundi luar bukan isu kecil.

Ada Parlimen di Terengganu yang dikuasai oleh PAS melimpah dengan ‘pengundi luar’ yang menyokong calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri datangnya dari seluruh pelusuk tanah air.

Mereka ‘digelar pengundi haram’ tetapi sebenarnya mereka adalah bekas pelajar di sebuah masjid yang oleh seseorang yang terkenal. Tidak diketahui berapa jumlah bayaran diberikan kepada pengundi berkenaan.

UMNO juga sering mengeluh di Kelantan dan Terengganu,
khususnya pada sebelah petang hari pilihan raya apabila pulangnya ‘perantau’
untuk mengundi, khususnya menyokong pembangkang – PAS.
PAS diketahui umum turut  menyediakan peruntukan ini dan mereka tidak
boleh menafikannya.
Cuma PAS lebih bijak kerana mereka membayar kepada mereka
di Pantai Barat, khususnya di Lembah Kelang.
Juga ramai ‘pengundi luar untuk UMNO dan PAS’ dari Johor
dan selatan Thailand dan bayaran juga dibuat di sempadan umpamanya di Merapoh
dan Gua Musang atau di Gambang dan Kuantan jika ke Terengganu atau di sempadan
Malaysia-Thailand.
Kenyataan Timbalan Ketua
Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki bahawa  penawaran sebarang bentuk dorongan kepada
pengundi, tidak kira wang tunai atau hadiah, dianggap rasuah.
Malah menurutnya, tindakan menawarkan elaun perjalanan
kepada pengundi pulang ke kampung halaman mengundi ialah satu bentuk rasuah.
Perkara ini sering diremehkan oleh pembangkang, tidak
kiralah di negeri mana pun, sedangkan bagi
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam
Baki yang dipetik Sin Chew Daily berpendapat 
penawaran sebarang bentuk dorongan, tidak kira wang tunai atau hadiah,
dianggap rasuah.
Isunya kenapa baharu sekarang SPRM timbulkan isu ini?
Kenapa ia tidak dikuatkuasakan melalui kesalahan Akta
Pilihanraya sebelum ini  yang akan membolehkan
parti politik membuat bantahan atau memohon perintah mahkamah?
Dengan jelas Azam menegaskan calon atau ahli parti
politik menawarkan elaun kepada pengundi untuk mengundi mereka, walaupun hanya
RM50 ialah tindakan merasuah.

Isu peruntukan
untuk pengundi luar bukan sedikit, malah melibatkan jutaan ringgit.
Apa yang menarik, kadangkala wang dijanjikan tidak pernah
diterima oleh pengundi luar akibat ‘disamun oleh pemimpin tertentu’.
Ada juga banyak kes jumlah yang dibayar jauh lebih kecil
daripada dijanjikan.
Berikutan itu berbagai masalah timbul  namun, tiada sebarang tindakan dibuat oleh
kepimpinan parti UMNO dan PAS dalam isu ‘wang untuk pengundi luar ini’.
Ada juga yang ‘kaya’ hasil daripada melesap dan ‘mencuri
peruntukan untuk pengundi luar ini’.
Akibatnya parti yang mengharapkan sokongan pengundi luar
menjadi mangsa pada pilihan raya akan datang kerana mereka yang terkena atau
yang dinafikan hak mereka tidak lagi pulang mengundi atau kalau pulang pun
tidak mengundi lagi parti yang pernah menipu mereka.
Kali ini, menjelang pilihan raya umum ke-14, semua parti
politik tidak dibenrakan lagi  menggunakan
wang untuk pengundi luar dan membeli undi.
Jika didapati sedemikian, kelayakan calon sesebuah parti
akan dibatalkan.
Isunya, cukupkah kakitangan SPRM untuk memantau perbuatan
ini?
Atau apakah ia juga akan bergantung kepada laporan parti
tertentu terhadap parti yang lain?
Apakah nanti selepas pilihan raya SPRM akan dibebankan
pula dengan isu ‘wang untuk pengundi luar’ dan kesalahan berkaitan membeli
undi?
Janji Azam,  sebaik
sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh PRU14, sebuah pasukan penguatkuasaan
yang terdiri daripada SPRM dan polis akan ditubuhkan untuk memantau aktiviti
rasuah di kalangan ahli politik.
“Pasukan penguatkuasa akan mengambil tindakan berdasarkan
aduan orang ramai, termasuk menggunakan Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta
SPRM dan Kanun Keseksaan untuk menyiasat aduan,” katanya.
Menarik untuk melihat apa kesan janji SPRM ini selepas
PRU14.
Siapa akan terkesan jika SPRM benar-benar menguatkuasa
dan mengambil tindakan? UMNO, PAS atau parti-parti lain?
Cumanya,  apakah
SPRM mendapat nasihat daripada pihak tertentu bahawa pergerakan pengundi untuk
parti pembangkang juga besar yang mengakibatkan calon parti pemerintah di
negeri  tertentu tewas sebelum ini?
SPRM jangan memerangkap pihak tertentu sahaja.
Sebaliknya laksanakan penguatkuasaannya secara menyeluruh.
Ini  kerana semua tahu bahawa BN melalui
UMNO menyediakan peruntukan besar hingga berjuta-juta ringgit bagi tujuan
membeli undi dan ‘membawa pulang perantau untuk mengundi mereka’.

Persoalan paling penting ialah terkesankan BN/UMNO?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons