November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Dalam kehangatan isu tanah runtuh dan kezaliman kerajaan DAP negeri yang bongkak dan tidak mahu mendengar keluhan rakyat Pulau Pinang serta kita membincangkan Bajet 2018 yang inklusif dan utamakan rakyat, kita dikejutkan dengan tindakan seorang ADUN yang berlaku zalim dengan menumbuk teman wanitanya.


Kita difahamkan ADUN DAP di negeri Perak ini telah membuat laporan polis pada 30 Oktober yang lepas. Beliau mendakwa telah pergi ke rumah  teman wanitanya untuk berbincang tetapi berlaku salah faham dan beliau telah memaki teman wanitanya. Beliau keluar rumah tersebut selepas itu.

Bagaimana pun, laporan polis ADUN DAP itu berlainan dengan laporan polis yang dibuat oleh teman wanitanya.

Wanita itu menjelaskan bahawa ADUN DAP itu telah datang ke rumah untuk berbincang tapi beliau telah ditipu oleh ADUN tersebut.  Malah, ADUN DAP itu telah mencederakan beliau dengan menumbuk pipi wanita tersebut.

Wanita itu juga melaporkan bahawa beberapa barangan milik beliau juga telah hilang termasuk dokumen-dokumen penting dan juga wang tunai.

ADUN DAP negeri Perak itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Kita percaya pihak berkuasa akan melakukan siasatan terperinci tentang laporan polis tersebut. Mencederakan seorang wanita adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusian dan jika disabitkan dengan Seksyen Kanun Keseksaan, pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Isu skandal ini bukannya yang pertama dalam kepimpinan DAP. Sebelum ini kita telah dihidangkan dengan aksi tidak bemoral seorang ADUN DAP Pulau Pinang bersama skandalnya di dalam sebuah restoran dan juga kelab malam. Begitu juga dengan seorang lagi pemimpin DAP yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang bekas pekerja perempuan di pejabatnya.

Kita juga berharap agar rakyat tidak memilih pemimpin-pemimpin DAP yang tidak bermoral ini pada PRU14 nanti.

Parti DAP yang bergelumang dengan pelbagai skandal hubungan sulit, penyelewangan kuasa, tidak peduli dengan suara rakyat ini amat memerlukan kita semua menolak parti DAP dan sekutu-sekutu yang di bawah telunjuk parti cauvinis itu.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons