November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung pada Oktober ini.

Dalam satu kenyataan kepada media, SPR berkata, video yang tular di media sosial dan memaparkan kenyataan bahawa PRU14 akan berlangsung pada Oktober ini hanyalah latihan simulasi kakitangan SPR.

“SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

“Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR,” kata kenyataan tersebut.

Dalam video simulasi yang tular itu dinyatakan bahawa pengundian awal akan berlangsung pada 11 Oktober 2017 dan pilihan raya umum akan berlangsung pada 13 Oktober.

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi suruhanjaya tersebut.

Pengurusan Tertinggi SPR turut menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab -UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons