November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini mencabar mbiga Sreenevasan untuk mendedahkan sumber bersabit dakwaan dana 1MDB yang diterima PAS.

Abdul Rahman juga berkata langkah itu perlu bagi memastikan setiap tuduhan yang dibuat selama ini bersandarkan fakta, berbanding sekadar omong kosong demi mengelirukan rakyat.

“Bertahun lamanya kita tanya berulang kali kepada Clare Rewcastle-Brown (Editor Sarawak Report) mengenai sumber yang digunakan dalam siri penerbitan penulisan menerusi blog beliau.

“Kita bertanya kerana nak jalankan siasatan menyeluruh terhadap semua pertuduhan yang dilemparkan terhadap 1MDB, namun beliau berkeras untuk tidak dedahkan sumbernya.

“Tiba-tiba, beliau menamakan Ambiga sebagai sumber selepas diberi tekanan ketika sesi pertanyaan yang berlangsung di mahkamah,” kata Rahman yang dipetik oleh portal Ahli Majlis Parlimen BN (BNBBC).

Bagaimanapun, Rahman menyatakan keyakinan bahawa Ambiga akan terus berdiam diri, tanpa mendedahkan sumber atau fakta bagi menyokong dakwaan yang disebarkannya selama ini.

“Beliau tidak akan sesekali dedahkan kerana kita tahu ia (penyaluran dana 1MDB kepada PAS) palsu, malah sebab itu juga (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang bawa perkara ini ke mahkamah.

“Ustaz Hadi buat tindakan sedemikian kerana tuduhan seperti ini membabitkan reputasinya sebagai pemimpin, justeru saya menyangkal sebarang kemungkinan Ambiga akan tunjukkan bukti dan sumber beliau,” katanya.

Menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai “episod pembohongan”, Rahman berkata, Rewcasltle-Brown menggunakan Ambiga, manakala peguam itu mengemukakan sumber tidak rasmi bagi menampakkan setiap artikel dipaparkan Sarawak Report seperti berpaksikan fakta.

Editor Sarawak Report itu sebelum ini membuat dakwaan kononnya PAS telah menerima dana Politik daripada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah sebanyak RM90 juta.

Bukan itu sahaja Rewcastle-Brown juga mendakwa YAB Perdana Menteri telah memindahkan wang berjumlah lebih RM200 juta kepada Datuk Nasharudin Mat Isa sejak 2014.

Kononnya wang itu dikatakan digunakan untuk membiayai sebuah kumpulan dalam PAS. Susulan itu, Datuk Seri Abd Hadi Awang telah memfailkan saman fitnah ke atas Rewcastle-Brown di mahkamah di UK.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons