November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 31 Okt. – Atlet berbasikal paralimpik negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais muncul penerima tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) apabila mengaut habuan berjumlah RM53,000 selepas cemerlang dalam Sukan Para ASEAN Ke-9 pada September lalu.



PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah

Nur Azlia Syafinaz yang membuat penampilan sulung dalam Sukan Para ASEAN Ke-9 di Kuala Lumpur berjaya meraih empat pingat emas dan satu pingat perak.

Insentif tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis penyampaian SHAKAM bagi Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 yang diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, sebanyak 77.2 peratus pingat emas disumbangkan oleh atlet berusia 21 tahun ke bawah.

“Seramai 231 atlet berusia bawah 21 tahun atau 27.34 peratus telah berjaya menyumbangkan 112 emas, bersamaan 77.2 peratus emas disumbangkan oleh 27.34 peratus atlet berusia bawah 21 tahun.

“Ini bererti, kita mempunyai kontinjen muda yang boleh digarab dan digilap untuk mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang,” katanya dalam ucapan.

Dalam pada itu, atlet kedua muncul sebagai penerima kedua terbanyak SHAKAM juga daripada atlet paralimpik negara Mohd. Najib Turano yang cemerlang dalam sukan berbasikal Sukan Para ASEAN Ke-9 apabila meraih RM50,000 selepas memperoleh empat pingat emas temasya tersebut.

Bintang baharu gimnastik negara, Koi Sei Yan menjadi penerima ketiga terbanyak SHAKAM dengan jumlah RM49,500 selepas menghadiahkan empat pingat emas dalam Sukan SEA Ke-29 pada Ogos lalu.

Empat pingat emas Sei Yan itu diraih dalam dua acara aparatus iaitu gelung dan belantan manakala dua lagi menerusi aksi berpasukan serta individu keseluruhan.

Kerajaan memperuntukkan insentif kepada atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat dalam Sukan SEA Ke-29 berjumlah RM3,643,750.00, manakala RM1,891,000.00 untuk pemenang-pemenang pingat Sukan Para ASEAN Ke-9.

Insentif kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) itu menawarkan ganjaran RM20,000 kepada emas pertama setiap atlet bagi acara individu dan RM10,000 untuk emas seterusnya malah RM1,000 juga akan diberikan kepada mereka yang memecahkan rekod kejohanan.

Dalam masa sama, Najib berkata, insentif tersebut adalah untuk menghargai kejayaan semua atlet negara yang meraih kecemerlangan dalam temaysa Kuala Lumpur 2017.


“Tahniah kepada semua atlet negara dan kejayaan ini akan terus diingati. Negara amat-amat berhutang budi kepada semua atlet,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons