December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU 1 Nov. – Demam Piala Malaysia 2017 semakin dirasai apabila kira-kira 2,000 penyokong tegar Johor Darul Ta’zim (JDT) mula berkampung di pekarangan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.

Penyokong Harimau Selatan itu mula membanjiri stadium tersebut sejak petang tadi untuk mendapatkan tiket supaya tidak terlepas menyaksikan perlawanan piala tersebut di Stadium Shah Alam, Selangor pada  Sabtu ini.

Tinjauan Utusan Online di stadium tersebut malam ini mendapati, terdapat penyokong yang mendirikan khemah sementara menantikan kaunter tiket dibuka pukul 9 pagi ini.

JDT bakal bertemu Kedah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 selepas menang bergaya 3-0 menewaskan Perak di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, 21 Oktober lalu.

Menerusi kemenangan itu, JDT melangkah ke final Piala Malaysia 2017 dengan agregat 4-1 bertemu juara bertahan Kedah yang turut membenam cabaran Felda United dengan agregat 3-1.

Piala Malaysia adalah satu-satunya trofi yang masih belum dikecapi JDT dalam kancah bola sepak tempatan ketika ini, mereka pernah mara ke final pada 2014, namun dikecewakan Pahang menerusi penalti penentuan 5-3. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons