November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Untuk menjadi pemimpin pembangkang, anda perlu mempunyai satu kriteria utama iaitu menjadi bodoh-bodoh alang. Kejadian yang terbaru adalah penutupan 5 cawangan Pasaraya Giant dikaitkan dengan keadaan ekonomi yang teruk dan ketidakmampuan Perdana Menteri menguruskan ekonomi negara.

Ini mengikut penilaian pakar ekonomi PKR yang juga Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. Saya mendapati hujah Ketua Pemuda PKR ini agak dangkal sekali. Pertama, Pasaraya Giant menutup 5 cawangan sebab tempoh sewa bangunan sudah habis dan berpindah (relocate) semula di tempat lain dengan konsep baru. Penutupan lima pasaraya Giant adalah satu contoh keputusan perniagaan yang dibuat untuk kekal berdaya saing.

Kedua, Cawangan Giant yang ditutup bukan cawangan utama. Saya ambil contoh cawangan yang akan ditutup iaitu Giant SACC, Shah Alam. Untuk rekod, terdapat sekurang-kurangnya tiga pasaraya Giant di Shah Alam. Pasaraya Giant SACC terletak di ‘basement’ SACC yang nenyukarkan pelanggannya untuk membeli belah.

Eloklah kalau iainya dipindah dan menggunakan konsep baru. Lainlah kalau Pasaraya Giant di Seksyen 13, Shah Alam yang merupakan pasaraya Giant terbesar di bandar ini ditutup. Barulah ada isu.

Ketiga, kalau mengikutkan teori Nik Nazmi, ekonomi Malaysia sepatutnya berada di atas landasan yan betul dan kukuh. Kenapa saya kata begitu. Kita ambil contoh McDonald’s Malaysia yang akan membuka 200 cawangan baru menjelang tahun 2027 @ 20 cawangan setiap tahun. Baca di sini. Adakah semua outlet ini kelak akan dipenuhi dengan Rakyat Zimbabwe?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons