November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Agak pelik dan dangkal apabila Kenyataan Media Datuk Bandar MBPP pada 25/10/2017 hanya merujuk kepada komen atau ulasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 10/12/2014 saja. Persoalannya, kenapa tidak merujuk surat JAS bertarikh 23/01/2015 mengenai perkara yang sama?

Surat JAS pada 23/01/2015 jelas menyebut rayuan pihak pemaju ditolak kerana jarak antara tapak projek dengan kawasan operasi kuari (crushing plant) iaitu sekitar 169 meter di mana tidak memenuhi keperluan zon penampan yang telah ditetapkan. Surat ini telah menjelaskan dengan lebih terperinci alasan penolakan dalam surat bertarikh 10/12/2017.

Kenyataan Akhbar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 22/10/2017 adalah merujuk kepada surat bertarikh 23/01/2015 yang langsung tidak dirujuk oleh Datuk Bandar MBPP. Kenapa Datuk Bandar MBPP tidak merujuk kepada surat ini? 

Alasan bahawa beliau tidak maklum semua fakta dalam isu ini kerana tidak terlibat dalam mesyuarat OSC yang meluluskan permohonan Kebenaran Merancang oleh pemaju Taman Sri Bunga pada 2015 adalah tidak berkaitan.

Perlu diingat, peristiwa tanah runtuh ini bukan satu kejadian alam yang tidak dijangka. Akhbar The Malay Mail Online pada 2015 lagi telah membuat laporan khas mengenai perkara tersebut. Di bawah adalah keratan akhbar berkenaan.

Tragedi Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa itu mungkin boleh dielak jika Joseph Lim Guan Eng mengambil berat amaran JAS. Malangnya Joseph Lim Guan Eng buat tak tahu. Macai-macai beliau seperti P Ramasamy, Zairil Khir dan Chow Kon Yeow hanya membuat dalih untuk mengelak tanggungjawab. Tidak seorang pun menyatakan rasa kesal terhadap tragedi tersebut.

Jika Rejim DAP Pulau Pinangi terus buat tidak tahu, kemungkinan besar lebih banyak kejadian tanah runtuh akan terjadi kerana terdapat 28 tempat lereng bukit yang sedang berjalan.  Rakyat P.Pinang mesti bangkit untuk elak terus dibuli DAP dengan menukar kerajaan negeri dalam PRU14.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons