November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Dr Tan Chuan Hong dari MCA Pulau Pinang hari ini menghadiahkan kerusi roda kepada kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai simbolik kepada kelemahan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang itu mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai  gagal dalam isu pemansuhan tol di Sungai Nyior serta gagal dalam mengendalikan isu terowong bawah laut malah pembayaran sebanyak RM305 juta kepada pemaju sebelum mendapat laporan “feasibility study” benar-benar menimbulkan keraguan. 

Tindakan sedemikian menyebabkan timbul tanda tanya daripada rakyat apakah wujud “agenda tersembunyi” selain daripada cakap tak serupa bikin yang dilihat sebagai satu penyakit.

Oleh itu, MCA Negeri Pulau Pinang dengan rela hatinya menghadiahkan “kerusi roda”, dan bersedia untuk menghantar pimpinan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang ke hospital untuk mendapatkan  rawatan agar penyakit mereka dapat disembuhkan. Selebihnya di pautan berikut 

Komen GPB 

Elok la di hantar kerusi roda ke kerajaan DAP ini sebab sudah teruk dah mereka menghidapi penyakit menipu kepada rakyat negeri ini sejak memerintah P.Pinang.  


Sudah la dulu mereka janji nak jaga alam sekitar tapi lihat apa sudah jadi bukan sahaja banjir kini tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa .



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons