November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kalau selepas ini misalnya nama yang Rafizi umumkan adalah RPK sendiri atau proksi dia ataupun saudara terdekat dia, RPK boleh dengan mudah kata Rafizi cuma nak ‘balas dendam’ sebab RPK dedah dia terima dana dari Soh Chee Wen sama macam Husam terima dari Genting.

Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK, tulis panjang lebar, dalam usaha dia memburukkan nama beberapa personaliti untuk membela PAS dalam isu dana.

Dalam tulisan bertajuk “Bahri adalah sumber Rafizi berkaitan tuduhan PAS terima dana 1MDB antara lain RPK tulis dalam MalaysiaToday:

Oh ya, berkenaan Husam Musa. Beliau menerima jutaan ringgit daripada Genting. Adakah beliau mahu menafikan perkara ini sebelum bercakap tentang PAS? Salah satu sebab mengapa Husam menerima wang tersebut adalah kerana beliau berada di dalam PAS.

Genting memerlukan kuda tunggangan di dalam PAS sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Genting agak risau jika PAS akan mencadangkan supaya kasino diharamkan dan Husam seharusnya memastikan agar perkara tersebut tidak berlaku. – MalaysiaToday.

Selain dari tuduh Husam terima dana dari Genting, PRK juga menamakan Bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain sebagai sumber maklumat utama Rafizi berkenaan dana 1MDB tu dan PRK tuduh Bahri memiliki harta haram bernilai lebih 100juta.

Tak cukup dengan itu RPK juga tuduh John Soh Chee Wen bagi kepada Zaid Ibrahim sebanyak RM6juta, Rafizi dan Saifuddin Nasution menerima habuan mencecah angka RM 20 Juta.

Anwar Ibrahim juga dia tuduh dapat lebih dari itu, begitu juga Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah.

Aku tak berminat nak ulas berkenaan tuduhan RPK tu pasai aku dah lama anggap PRK sebagai penulis upahan yang dah takdak kredibiliti,

Tambah-tambah bila terdapat banyak maklumat yang menunjukkan PRK memainkan peranan yang bersungguh-sungguh untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Termasuk yang jelas ada bukti gambar perjumpaan beberapa kali RPK dengan Hj Hadi di London yang selepas tu nampak jelas pendirian dan pandangan Hj Hadi ke atas Anwar berpusing 180 darjah.

Lebig pada aku, aku langsung tak terkejut kalau nama yang Rafizi kata akan umumkan tu adalah nama RPK sendiri ataupun proksi dia atau saudara terdekat dia.

Aku nampak pendedahan dan ulasan RPK berkenaan kenyataan Rafizi berkaitan dana dari 1MDB yang terbaru tu adalah usaha “foward defence” dari RPK.

Kalau selepas ini misalnya nama yang Rafizi umumkan adalah RPK sendiri atau proksi dia ataupun saudara terdekat dia, RPK boleh dengan mudah kata Rafizi cuma nak ‘balas dendam’ sebab RPK dedah dia terima dana dari Soh Chee Wen sama macam Husam terima dari Genting.

Apa pun, itu cuma andaian dari pemerhatian aku. Harap-harap PAS berani ambil tindakan saman ke atas Rafizi.

Cuma dengan cara itu saja kita sebagai orang awam mungkin berpeluang untuk tengok segala bukti yang Rafizi kata ada pada dia dan juga bukti yang ada pada SPRM.

Cuma masalahnya, aku langsung tak yakin PAS akan saman Rafizi sama macam PAS masih tak berani saman Husam walaupun sebelum ni sungguh-sungguh kata nak saman.

Di satu pihak lagi, kalau Husam, Rafizi, Saifuddin atau Zaid Ibrahim nak saman Raja Petra pun tak guna sebab aku langsung tak yakin pihak polis akan berupaya bawak balik RPK untuk dibicarakan malah aku langsung tak yakin pihak pejabat Ketua Polis Negara hatta ada niat pun untuk buat macam tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons