November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Rakyat setuju bahawa Himpunan anti-kleptokrasi yang diadakan di Padang Timur pada 14 Oktober gagal dan memalukan seluruh kepimpinan pembangkang yang hadir.


Kepimpinan Pembangkang cuba bersilat bertaichi menutup malu kegagalan mereka itu. Ianya sangat nyata. Hanya 4,000 sahaja yang hadir daripada 100,000 yang dinyatakan pada awalnya. Itu pun sudah ada hadirin yang balik ketika Dr Mahathir memberi ucapan.

Lebih memeritkan mereka ialah puak pembangkang tidak dapat berbohong kali ini kerana beberapa video yang diambil daripada atas oleh portal KLXpress yang telah mematikan segala nombor kehadiran yang cuba dicanang oleh puak pembangkang.

Puak pembangkang juga tidak berani untuk menggunpakai taktik lumrah mereka iaitu buat gambar photoshop kononnya Padang Timur melimpah dengan hadirin. Mereka tahu mereka akan nampak begitu bahlol jika berbuat demikian.

Jumlah 100,000 yang dinyatakan oleh pihak penganjur juga menjadi bahan lawak rakyat. Kleptokrasi menjadi Kelentongkrasi dan KelentongBasi. Sungguh memalukan.

Tidak banyak yang perlu diulas tentang ucapan kepimpinan pembangkang. Buang masa dan intipatinya hanyalah sekadar isu-isu kitar semula yang telah dijawab dan amat membosankan rakyat Malaysia.

Kepimpinan pembangkang hanya pandai mengutuk dan menghina Perdana Menteri yang dipilih secara sah. Mahathir pula menghina bangsa Bugis.

Realitinya, mana mungkin rakyat mahu percaya kepada kata-kata kepimpinan pembangkang itu kerana mereka sendiri yang kleptokrat, perompak, pengamal kronisme melampau, diktator, parti anak-beranak dan perasuah.

Ironinya, segala yang buruk itu dinyatakan oleh pihak pembangkang sendiri, bukannya BN!

Cuma yang perlu dikomen ialah keceluparan Lim Guan Eng DAP yang menuduh kerajaan sedia ada sebagai gila.

Yang paling ketara sekali ialah Lim Guan Eng begitu minat menggunakan perkataan ‘gila’.

Semasa ucapan pendek beliau (hanya 7.48 minit), Guan Eng DAP menyebut perkataan ‘gila’ sebanyak 18 kali! Siapa yang sebenarnya gila?

Bukan itu sahaja. Guan Eng DAP juga menggunakan perkataan biadap yang lain seperti cilaka dan sebagainya.

1. Inikah jenis pemimpin politik pembangkang yang ada di Malaysia ini?

2. Inikah tahap tatasusila pemimpin yang mahu dipilih oleh rakyat?

Keceluparan Guan Eng DAP ini adalah contoh yang tidak patut diikuti oleh kanak-kanak, remaja dan rakyat keseluruhannya. Jangan contohi perangai buruk ‘tokong’ DAP.

Tetapi dalam masa yang sama, kroni tegar Kit Siang DAP menyatakan bahawa puak pembangkang ‘berjanji akan mengekalkan Skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)’!

BR1M, polisi ‘kerajaan gila’ inilah yang disokong oleh Guan Eng DAP!

How pathetic and lidah cabang si ‘tokong’ DAP ini.

Kenyataan Guan yang menyokong polisi ‘kerajaan gila’ ini sekaligus telah memperlekehkan kenyataan Dr Mahathir yang sebelum ini ‘mengingatkan rakyat di negara ini bahawa pemberian BR1M merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.

Mahathir juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah ‘menggunakan BR1M bagi meraih sokongan rakyat dalam PRU14.’

Macam mana sekarang? Lim Guan Eng juga menggunakan BR1M bagi meraih sokongan rakyat dalam PRU14?

Satu pihak kata BR1M adalah rasuah dan seorang lagi berjanji akan mengekalkan polisi ‘kerajaan gila’ itu?

Hakikatnya, kita boleh nampak pihak manakah yang gila sebenarnya.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons