December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ISKANDAR PUTERI 1 Nov. – Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti khas peristiwa sekiranya pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Malaysia 2017.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, langkah itu dibuat sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya pengumuman itu dibuat lebih awal.

“Makluman awal diberikan kepada rakyat bagi menzahirkan keprihatinan Tuanku bagi memudahkan mereka membuat persediaan awal dalam mengurus pekerjaan serta kegiatan harian lain memandangkan Ahad merupakan hari bekerja di Johor.

“Jika JDT berjaya meraih kemenangan, pengisytiharan itu adalah sebagai rakaman ucapan terima kasih kepada para pemain serta para penyokong,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Azmi turut menyeru semua peminat sukan bola sepak Johor untuk turun beramai-ramai memenuhi Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT.

Beliau turut menasihatkan para penyokong agar saling menghormati sesama peminat bola sepak yang lain.

“Marilah kita tunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi serta semangat kesukanan yang tinggi demi memastikan lakaran sejarah kejayaan pasukan kita dapat direalisasikan pada pertemuan akhir itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons